Harian Metro

Laluan mudah England

-

Campbell yakin anak buah Southgate mampu jadi naib juara kumpulan G

undian itu sedikit mengejutka­nnya namun percaya anak buah Gareth Southgate seharusnya mampu menamatkan aksi peringkat kumpulan sekurang-kurangnya sebagai naib juara kumpulan, sekali gus mara ke peringkat kalah mati.

“Antara tiga pasukan itu, sudah pasti Belgium adalah halangan terbesar kerana secara teknikalny­a, mereka antara pasukan terbaik dan memiliki ramai pemain berkualiti.

“Manakala Panama, saya lihat mereka memiliki beberapa pemain yang mampu memberikan masalah kepada England namun mereka seharusnya tidak berdepan kesukaran untuk meraih kemenangan ke atas Panama dan satu lagi pasukan iaitu Tunisia.

“Dengan dua kemenangan ini, sudah tentu kedudukan selaku naib juara terjamin tapi dengan kualiti yang ada pada skuad England ketika ini, mereka seharusnya menyasarka­n untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir,” katanya ketika ditemui pada sesi bertemu peminat di Subang Jaya City Centre, semalam.

Pada majlis itu, lebih 100 peminat Gunners tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan bergambar serta mendapatka­n tandatanga­n bekas pertahanan yang juga pernah beraksi bersama Tottenham Hotspur itu.

Ketika diminta mengulas mengenai kekalahan 1-3 Arsenal di tangan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam, pemenang dua Piala FA bersama Arsenal itu menjelaska­n penjaga gol Red Devils, David de Gea menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan selesa pasukan pelawat.

“Hanya ada satu elemen iaitu De Gea yang menjadi penghalang Arsenal memenangi perlawanan malam tadi. Anda sendiri saksikan begitu banyak percubaan Arsenal yang diselamatk­an penjaga gol Sepanyol itu.

“Jika dilihat Arsenal sepatutnya mendahului 4-2 pada babak pertama namun aksi cemerlang De Gea memberi perbezaan yang begitu ketara antara kedua-dua pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia