Harian Metro

KEJUTAN TUALA MERAH

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

Seorang pengutip sampah terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan yang dibungkus menggunaka­n plastik alas meja dan tuala merah di tapak pelupusan sampah Jalan Langkon, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis

Daerah Kota Marudu Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah berkata, mayat bayi itu ditemui lelaki berusia 40-an terbabit ketika mencari barangan terpakai kirakira jam 3 pagi.

Menurutnya, lelaki itu memaklumka­n melihat satu plastik alas meja di bawah timbunan sampah lalu menariknya sebelum mendapati satu lagi plastik alas meja sebelum terdapat tuala merah sebaik membuka lipatan plastik berkenaan.

“Dia kemudian membuka lipatan tuala merah itu dan terkejut apabila melihat bayi yang masih mempunyai uri dan tali pusat dalam keadaan tidak bergerak lalu memanggil rakanrakan­nya sebelum menghubung­i talian kecemasan bagi memaklumka­n kejadian kepada polis.

“Siasatan terhadap pemandu dan pekerja lori sampah Majlis

Daerah Kota Marudu dimaklumka­n mereka memunggah sampah di pekan Langkon dan tidak menyedari plastik alas meja yang digunakan untuk membungkus mayat bayi terbabit,” katanya.

Menurutnya, mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Marudu dan mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal.

Katanya, punca kematian bayi terbabit belum dapat dipastikan kerana bedah siasat akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 5 Disember ini.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembuny­ikan kelahiran,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia