Harian Metro

Serbu premis urut 24 jam

-

Penampang: Sebuah premis urut di pekan Donggongon di sini, yang beroperasi 24 jam diserbu sepasukan polis sebelum menahan tiga wanita termasuk dua warga tempatan dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran, awal pagi semalam.

Serbuan kira-kira jam 4 pagi itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah diketuai Inspektor Hasryman Osman dibantu anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, berdasarka­n maklumat, premis urut berkenaan disyaki beroperasi 24 jam.

“Hasil serbuan berjaya menahan dua wanita warga tempatan dan seorang wanita Filipina dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.

“Polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 20 dan 29 dipercayai pelanggan premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, dalam serbuan itu juga, polis merampas wang tunai RM51 dan dua kondom termasuk satu sudah digunakan.

“Semua wanita yang ditahan berusia 17 hingga 44 tahun. Mereka serta barang rampasan dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi tujuan persundala­n. Polis turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4, Ordinan Hiburan Awam 1958 kerana menjalanka­n perniagaan hiburan melebihi masa ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa premis urut yang disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran.
ANGGOTA polis memeriksa premis urut yang disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia