Harian Metro

Terserempa­k nahas adik

- Azmil Sulaiman am@hmetro.com.my

 Wanita kesal tak berhenti selepas melalui kawasan kemalangan babit ahli keluarga

Hancur luluh hati seorang wanita apabila mengetahui kemalangan yang berlaku di Kilometer 12, Jalan Kuching-Serian, di sini, meragut nyawa adik lelakinya, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.20 malam, jurukimpal sambilan, Randy Maxclien Busang, 27, maut selepas motosikal Yamaha Lagenda yang dinaiki bersama rakan, George Stevenson Belaka, 23, hilang kawalan sebelum terbabas di tepi jalan.

Akibat kemalangan itu, mangsa bersama rakannya terpelanti­ng sejauh 27 meter sehingga menyebabka­n Randy parah di kepala.

Menurut sumber, kakak mangsa berusia 40-an kebetulan melalui kawasan kemalangan menuju ke Kuching namun tidak berhenti di lokasi kemalangan kerana tidak mengetahui kejadian itu yang membabitka­n adiknya.

“Kejadian itu hanya diketahui selepas dimaklumka­n anaknya menerusi pesanan khidmat mengenai kemalangan itu sebelum menghubung­i ibunya,” katanya.

Sebaik mengetahui berita buruk itu, kakak mangsa segera kembali ke lokasi kejadian untuk mendapatka­n kepastian kemalangan yang membabitka­n adiknya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Deputi Superinten­dan Bingkok John berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa bersama rakannya terbabas.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala rakannya cedera dibawa Hospital Umum Sarawak (HUS) namun dilaporkan stabil.

“Bedah siasat dijalankan di HUS sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumia­n dan sampel darah juga diambil untuk ujian makmal bagi mengetahui sekiranya ada kandungan alkohol,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan saksi awam diminta tampil membantu siasatan.

 ??  ?? MANGSA yang menunggang motosikal maut di tempat nahas.
MANGSA yang menunggang motosikal maut di tempat nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia