Harian Metro

Lemas dilanda kepala air

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

 Lelaki maut ketika cuba seberang sungai

Perjalanan seorang lelaki ke tempat kerjanya berakhir tragedi apabila ditemui lemas selepas dihanyutka­n arus ketika menyeberan­gi Sungai Kadamaian berhampira­n Kampung Narinang, semalam.

Mayat Balture Goyong, 38, ditemui tersangkut pada batu di tepi sungai berkenaan oleh penduduk kampung pada jam 7.20 pagi sebelum menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud untuk tindakan.

Pegawai Operasi BBP Kota Belud Thomas Bolu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.30 pagi sebelum empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Penduduk menemui mayat mangsa tersangkut pada batu di tepi Sungai Kedamaian, dekat sini, dua kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

“Mayat mangsa kemudian diangkat pihak bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, mangsa dipercayai cuba menyeberan­gi sungai berkenaan untuk ke tempat kerjanya selepas jambatan gantung di kawasan berkenaan dihanyutka­n arus sungai akibat banjir, baru-baru ini.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud berkata, mangsa dilihat kali terakhir oleh keluargany­a pada jam 4 pagi kelmarin ketika keluar bekerja di Kota Kinabalu.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n awal, kepala air dipercayai punca mangsa tergelinci­r lalu lemas sebelum mayatnya ditemui penduduk. Kejadian hanya disedari oleh ahli keluarga apabila mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira 2 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai tergelinci­r.
MAYAT mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira 2 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai tergelinci­r.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia