Harian Metro

MAMA, PAPA...!

 Suami isteri, bayi maut nahas dipercayai cuba elak kon jalan sebelum terhumban ke parit

- lapor Noor Hidayah Tanzizi

> “Mama cium kami dan pesan pada saya supaya tengokkan adik-adik sebelum mama, papa bersama adik bertolak pulang sebelum saya tidur semula. Sejam selepas itu, opah kejut kami dan beritahu mama, papa dan adik sudah tiada,” kata Muhammad Daris Wafiy, 10, yang menjadi yatim piatu sekelip mata bersama dua lagi adiknya selepas ibu, bapa serta adik mereka berusia tiga bulan maut nahas awal pagi semalam,

“Mama cium kami dan kata mama balik dulu, mama pesan kepada saya supaya tengokkan adik-adik sebelum mama, papa bersama adik bertolak pulang dan saya tidur semula.

“Sejam selepas itu, tiba-tiba opah datang kejut kami dan beritahu mama, papa dan adik sudah tiada, ketika itu saya hanya terdiam sebelum terdengar suara orang menangis,” kata Muhammad Daris Wafiy, 10, yang kini menjadi yatim piatu sekelip mata bersama dua lagi adiknya, Muhammad Daris Rayyan, 9, dan Muhammad Daris Amsyar, 5, selepas ibu, bapa serta adik mereka berusia tiga bulan maut dalam kemalangan tragis di Kilometer 21, Jalan Sitiawan-Teluk Intan berhampira­n Kampung Kayan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, ibu bapa mereka, Sairulazuw­an Nadzim, 37, dan Azilina Abdul Aziz, 37, serta adik bongsu Muhammad Daris Iffat meninggal dunia di tempat kejadian selepas Toyota Wish yang mereka naiki terbabas sebelum terhumban dalam parit sedalam 2.5 meter. Difahamkan, ketika kejadian, tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Buloh, Selangor selepas menghantar tiga anak mereka di rumah keluarga Sairulazuw­an di Lekir di sini.

Tiga beranak itu dipercayai baru 15 minit keluar untuk pulang ke rumah mereka dan dipercayai terbabas selepas cuba mengelak kon jalan sebelum terbabas ke dalam parit.

Kini, tiga beradik berkenaan akan dipelihara datuk sebelah bapa mereka.

Ketiga-tiga beradik itu yang memakai baju-T sama kelihatan menangis sepanjang

pengebumia­n itu termasuk ketika menatap wajah ibu bapa mereka buat kali terakhir. Paling menyedihka­n buat Daris Amsyar yang masih belum mengerti apa-apa mengenai kejadian yang menimpa ibu bapa dan adiknya.

Muhammad Daris Wafiy berkata, kali terakhir bertemu ibunya pada pagi semalam sebelum ibunya pulang ke rumah mereka di Sungai Buloh, Selangor.

“Saya dan dua adik kini memilih untuk tinggal bersama datuk,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Lekir di sini, semalam.

Jenazah tiga beranak itu selamat dikebumika­n dalam satu liang kira-kira jam 4 petang semalam.

Sementara itu, datuk ketiga-tiga beradik terbabit, Nadzim Mohd Taib,

68, berkata, dia dan isteri akan menjaga dan menguruska­n persekolah­an tiga cucunya itu di sini selepas ini.

Selain itu, Ketua Polis Daerah

Manjung Asisten

Komisioner

Muhammad Hanif Othman berkata, hasil siasatan awal mendapati Toyota Wish dinaiki tiga beranak itu dipercayai cuba mengelak kon jalan menyebabka­nnya terbabas sebelum terhumban ke dalam parit sedalam kira-kira 2.5 meter.

Beliau berkata, ketika itu, kereta mangsa dari arah Batu 9, Lekir menghala Teluk Intan.

“Akibat kemalangan itu, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat.

 ??  ?? Wafiy (tengah) MUHAMMAD Daris
pada bersama dua adiknya
ibu bapa pengebumia­n
adik bongsu mereka. dan
Wafiy (tengah) MUHAMMAD Daris pada bersama dua adiknya ibu bapa pengebumia­n adik bongsu mereka. dan
 ??  ?? CHE Ma KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit
kemalan gan . TIGA anak lelaki
Sair u laz u w an ditenangka­n ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Batu
9 Lekir, semalam.
CHE Ma KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit kemalan gan . TIGA anak lelaki Sair u laz u w an ditenangka­n ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir, semalam.
 ??  ?? MUHAMMAD Daris Wafiy dan Muhammad Daris Amsyar menatap wajah bapa mereka buat kali terakhir sebelum dikebumika­n.
MUHAMMAD Daris Wafiy dan Muhammad Daris Amsyar menatap wajah bapa mereka buat kali terakhir sebelum dikebumika­n.
 ??  ?? GAMBAR kenangan keluarga Sairulazuw­an dan Azilina.
GAMBAR kenangan keluarga Sairulazuw­an dan Azilina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia