Harian Metro

40 kali lumpur datang bertamu

-

Gua Musang: Seorang wanita warga emas tetap tabah menghadapi dugaan selepas rumahnya di Kampung

Limau Kasturi di sini, dinaiki air kali ke-40, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, rumah Mariam Yusoff, 95, dinaiki air sedalam dua meter sebelum dia terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 2.

Mariam berkata, sepanjang 50 tahun tinggal di kawasan itu, sebanyak 10 kali rumahnya dilanda banjir besar termasuk pada Disember 2014 yang mengakibat­kan kediaman pusaka yang dibina arwah suaminya musnah dibawa arus deras.

Katanya, kedudukan rumahnya yang terletak berhampira­n Sungai Galas di sini menyebabka­n kawasan rumahnya mudah dinaiki air setiap kali hujan lebat.

“Saya mendapat rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina kerajaan setahun lalu di tapak yang sama dan saya tiada pilihan kerana ini saja tanah yang ada.

“Jumaat lalu, adalah kali ke-40 rumah saya dinaiki air sedalam dua meter,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Mariam yang mempunyai lima anak dan 10 cucu berkata, setiap kali banjir melanda, rumahnya akan dipenuhi lumpur.

“Mujur di rumah, tiada perabot dan peralatan berharga kerana saya tidak mampu membelinya.

“Namun, saya tidak mampu mencuci lumpur yang memenuhi rumah seorang diri kerana faktor usia dan berharap ada pihak yang sudi membantu,” katanya.

 ??  ?? MARIAM hanya mampu melihat rumahnya dimasuki lumpur.
MARIAM hanya mampu melihat rumahnya dimasuki lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia