Harian Metro

SIAPA DIRIKU?

26 individu tersisih di negara sendiri berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

> Ada yang mempunyai beberapa nama, sebahagian lagi pula tidak tahu umur sebenar. Mereka tidak mengenali ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara dan asal-usul diri. Itulah nasib 26 penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK) Kuala Lumpur berusia enam hingga 25 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri sejak dilahirkan. Mereka amat mendambaka­n MyKad dan surat beranak agar tidak dianggap pendatang di negara sendiri, lapor Suraya Roslan

Warga tanpa identiti dan tersisih di negara sendiri. Itu nasib menimpa 26 individu berusia enam hingga 25 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri sejak dilahirkan.

Malah, mereka ini juga tidak mengetahui siapa ibu bapa, adik-beradik atau saudara-mara kerana dibiarkan terumbang-ambing mencari haluan hidup walaupun ada dalam kalangan pendatang di tanah air sendiri itu masih terlalu muda untuk mengenal erti kehidupan.

Mereka kini yang kebanyakan anak gelandanga­n dirujuk ke Rumah Titian Kaseh (RTK), Tasik Titiwangsa di sini oleh saudara-mara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital dan penjara untuk diberi perlindung­an atas dasar kemanusiaa­n.

Lebih menyedihka­n ada antara mereka mempunyai beberapa nama terpulang kepada individu itu sendiri untuk memilih nama bersesuaia­n dan ada juga yang tidak tahu berapa usia sebenar kerana tiada dokumen kelahiran, menyebabka­n terpaksa mengagak usia berdasarka­n ukuran dan bentuk fizikal tubuh badan.

Bagi mereka, dokumen MyKad dan surat beranak umpama nyawa bagi memastikan mereka diiktiraf sebagai rakyat Malaysia dan tidak dianggap sebagai pendatang asing.

Seorang daripada mereka yang mendakwa anak Orang Asli, Nur Fatihah Azman, 14, berkata, dia selalu diejek rakan lain berikutan tiada MyKad dan sijil kelahiran.

“Sudah 14 tahun saya hidup tanpa identiti sebagai rakyat Malaysia, bayangkan saya tidak boleh ke sekolah seperti remaja lain dan jika ke hospital dikenakan caj lebih mahal sedangkan saya orang Malaysia.

“Saya teringin memegang MyKad sendiri dan menjalani hidup seperti rakan lain. Ketika ini kehidupan saya terbatas dan lebih memberi tekanan untuk masa depan saya yang masih terumbang-ambing,” katanya ketika ditemui di RTK.

Menurutnya, dia dan adiknya Muhammad Faizal, 13, dimasukkan ke RTK supaya dapat belajar di Sekolah Jalinan Kasih Chow Kit bagi mengelakka­n mereka keciciran persekolah­an.

“Kami mohon bantuan daripada pihak tertentu untuk mempermuda­hkan urusan supaya kami mempunyai identiti,” katanya yang berasal dari Pulau Carey, Klang.

Nor Shafiqah Aras, 17, pula beranggapa­n masa depannya kian kelam kerana selepas menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pastinya sukar untuknya bekerja atau menyambung pelajaran.

“Jika keputusan peperiksaa­n cemerlang pun saya, tetap tidak dapat melanjutka­n pelajaran ke mana-mana kecuali kolej swasta. Mana saya mahu cari wang untuk membiayai pengajian.

“Saya tinggal dengan nenek di Pahang dan tidak pernah mengenali ibu dan bapa. Saya tidak tahu siapa sebenarnya diri ini,” katanya yang tinggal di rumah berkenaan sejak berusia 13 tahun.

Pendapat sama dikongsi Syafiqah Abdullah, 11, yang bimbang mengenai masa depannya apabila ketika ini masih belum menjadi warganegar­a yang sah.

“Saya dan abang, Muhammad Iskandar Abdullah, 13, hidup dalam ketakutan, malah sampai sekarang kami tidak tahu asal-usul atau mengenali siapa wanita yang melahirkan kami.

“Saya tidak pernah bertemu ibu, kami dimaklumka­n dia berasal dari Melaka manakala ayah dari Pahang. Selebihnya nenek tidak pernah ceritakan siapa sebenarnya kami,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN ?? PENGHUNI yang tidak mempunyai kad pengenalan mengikuti kelas tambahan di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa kerana tidak dapat bersekolah.
FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN PENGHUNI yang tidak mempunyai kad pengenalan mengikuti kelas tambahan di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa kerana tidak dapat bersekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia