Harian Metro

Buru Jambu tikam pemandu lori

-

Polis memburu seorang lelaki dikenali Jambu berusia 25 tahun selepas dipercayai menikam lengan pemandu lori menggunaka­n kerambit di Jalan Kota Raja Bersiong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa berusia 26 tahun cedera sebelum dibawa ke Hospital Selama dan menerima 20 jahitan akibat tikaman itu.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superinten­dan Loo Lian

Lay berkata, siasatan mendapati, mangsa memberhent­ikan lori dipandu bersama seorang kelindan di kawasan berkenaan sebelum didatangi suspek.

Beliau berkata, suspek mengugut memecahkan muka mangsa sebelum mangsa membalas kata-kata itu sehingga berlaku pertengkar­an.

“Suspek mengeluark­an kerambit dan menikam lengan tangan kanan mangsa sebelum melarikan diri ke hutan berdekatan.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Redang Panjang sebelum dirujuk ke Hospital Selama,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Lian Lay berkata, siasatan mendapati, suspek dikenali mangsa sejak kecil dan ketika kejadian suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah serta berada dalam keadaan kusut.

“Hasil rakaman percakapan mangsa, suspek dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dan tidak pasti punca dia ditikam kerana tidak pernah ada masalah dengannya.

“Polis ke rumah suspek namun suspek tidak pulang dan usaha mengesanny­a dijalankan,” katanya.

 ??  ?? LENGAN mangsa ditikam menggunaka­n kerambit.
LENGAN mangsa ditikam menggunaka­n kerambit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia