Harian Metro

Pencuri tawar khidmat urut

-

Kepala Batas: Janda warga Indonesia yang baru habis pantang bersalin berpura-pura mencari rumah sewa dan menawarkan khidmat mengurut sebelum ‘merembat’ barang berharga milik pelanggann­ya.

Aktiviti wanita berusia 43 tahun yang tinggal di Seberang Jaya dan dipercayai menjalanka­n kegiatan mencuri sejak awal tahun itu berakhir selepas dia diberkas 2 Disember lalu.

Modus operandi wanita ini ialah bergerak secara solo dengan motosikal dipinjam dari rakannya dan menyasarka­n suri rumah yang tinggal bersendiri­an di rumah.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 1 Disember lalu suspek berpura-pura mencari rumah sewa dan meminta segelas air dari mangsa.

“Sebaik mangsa masuk mengambil air, suspek terus menceroboh dan mencuri barang berharga. Bagaimanap­un suspek terserempa­k suami mangsa lalu melarikan diri,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanap­un, suspek diberkas 2 Disember lalu di Seberang Jaya hasil siasatan ke atas nombor pendaftara­n motosikaln­ya.

Noorzainy berkata, suspek mengambil apa saja barang dalam rumah, manakala barang kemas dijual di kedai pajak gadai.

Katanya, siasatan mendapati suspek terbabit dalam tiga kes curi di SPU dan satu di Seberang Jaya tetapi polis percaya ada beberapa kes lagi membabitka­n suspek.

“Berdasarka­n empat kes dilaporkan, suspek menggunaka­n taktik sama iaitu berpura-pura mencari rumah sewa, menawarkan khidmat mengurut dan meminta segelas air mengakibat­kan kerugian RM30,000.

 ??  ?? NOORZAINY (dua dari kanan) menunjukka­n barang kes yang dicuri wanita Indonesia, semalam.
NOORZAINY (dua dari kanan) menunjukka­n barang kes yang dicuri wanita Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia