Harian Metro

Pencuri kereta cuba rampas pistol ditahan

-

Kuala Terengganu: Cubaan lelaki melarikan diri bagi mengelak dicekup dengan memandu lebih 50 kilometer dari Terengganu hingga ke Kelantan gagal selepas ditahan di hadapan kilang kayu di Bachok, Kelantan, Jumaat lalu.

Ketika ditahan jam 2 petang, suspek berusia 41 tahun itu juga bertindak agresif apabila cuba merampas pistol milik anggota menyebabka­n berlaku pergelutan antara suspek dan polis.

Tidak cukup dengan itu, seorang anggota berusia 28 tahun yang bertugas di cawangan unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut patah jari kelengkeng kirinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, unit MPV IPD Setiu menerima maklumat mengenai kehadiran kereta Honda Civic dalam keadaan mencurigak­an jam 1 tengah hari di sempadan Besut dan Setiu.

“Ketika cuba menahannya, pemandu Honda Civic melanggar bahagian belakang kiri MPV menyebabka­n kenderaan anggota berpusing dua kali manakala suspek melarikan diri ke arah sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Puteh, Kelantan.

“Kami memintasny­a di hadapan kilang kayu di Bachok dan suspek bertindak agresif ketika kami cuba menahannya dengan menyerang anggota, selain cuba merampas pistol.

“Dalam pergelutan itu, seorang anggota cedera, manakala suspek turut mengalami kecederaan di belakang kepala sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Fazlisyam berkata, siasatan mendapati kereta dipandu suspek pernah dilaporkan hilang sebelum ini dan suspek yang positif dadah methamphet­amine turut mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dan Seksyen 379A KK kerana curi kenderaan bermotor.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 353 KK kerana menggunaka­n kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalanka­n kewajipan dan Seksyen 326 KK kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera menggunaka­n senjata atau benda berbahaya lain.

 ??  ?? FAZLISYAM
FAZLISYAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia