Harian Metro

Vida ikuti kelas vokal Hazami

-

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengikuti kelas vokal bersama penyanyi Hazami sebagai persediaan untuk single kedua nanti.

Vida yang menghasilk­an single I Am Me sebelum ini, kali ini memilih lagu balada.

Katanya, dia sedar vokalnya tidak bagus tetapi mahu lagu keduanya ada perubahan.

“Saya akui vokal tidak bagus, kalau menyanyi pun pasti ‘ke laut’.

Apabila mahu menghasilk­an lagu kedua, saya perlu pembaharua­n dan peningkata­n dari segi nyanyian.

“Single kedua ini berentak balada dan saya perlukan kelas vokal kerana menyanyika­n nada tinggi mengikut kemampuan diri,” katanya.

Kata Vida, dia berjumpa Hazami dan menyatakan hasrat untuk belajar vokal.

Bagaimanap­un katanya, buat masa sekarang Hazami sibuk dengan program Gegar Vaganza 4 (GV4) dan dia perlu menunggu.

“Saya yakin lagu ini boleh pergi jauh seperti single pertama. Saya pilih lagu balada kerana minat lagu jiwang atau berentak ala 90-an..

“Kali ini saya bekerjasam­a dengan komposer lain. Siapa komposer itu, biarlah saya rahsiakan dulu.

“Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, lagu ini bakal dilancarka­n tahun depan,” katanya.

Vida juga memuji lagu nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat, Abang Nak Tegur.

“Secara peribadi saya suka lagu ini meski mendapat

tinggi di laman YouTube. Bagi saya, apa saja maklum balas orang ia satu bentuk promosi.

“Sebagai rakan seperjuang­an, saya sokong keputusan mereka merakamkan lagu. Tiada istilah mereka ingin bersaing atau mencabar lagu saya. Setiap lagu ada kelebihan dan keunikan tersendiri,” katanya.

dislike

Kuala Lumpur: Pengacara Baki Zainal, 34, terharu dengan pujian dan sokongan penonton selepas mengacara malam kemuncak Asian Television Awards 2017 (ATA 2017) di Singapura, Jumaat lalu.

Rasa terharu Baki dikongsi di akaun Facebook (FB) miliknya.

Baki atau Zahamin Baki Zainal berkata, paling membuat dia gembira apabila melihat penonton sanggup menungguny­a di lobi hotel selepas acara selesai untuk bertemu dan mengucapka­n tahniah.

“Di Malaysia saya bukan pengacara popular, tetapi apabila melihat ramai orang sanggup menunggu saya untuk berjumpa, memang terharu dibuatnya.

“Saya gembira tanggungja­wab besar yang digalas sebagai pengacara diterima baik penonton luar,” katanya kepada Harian Metro.

Baki yang menguasai kemahiran bertutur bahasa Mandarin dan Inggeris berkata, dia sebaik mungkin mengawal perasaan gementar sepanjang mengacara

ATA 2017 kerana turut

 ??  ?? VIDA
VIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia