Harian Metro

Lan Kristal tahan sakit sepanjang persembaha­n

-

Kuala Lumpur: Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan terpaksa menyanyi dalam sakit ketika konsert suku akhir Gegar Vaganza 4 (GV4) Ahad lalu selepas mengalami buasir, Rabu lalu.

Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, dinasihatk­an doktor menjalani pembedahan membuang buasir itu, tetapi mengambil keputusan menangguhk­an terlebih dahulu.

Kata Lan, dia pernah mengalami buasir pada 2010 dan perlu menjalani pembedahan namun tidak berbuat sedemikian.

“Saya dinasihatk­an tidak melakukan kerja berat bagi mengelakka­n penyakit berulang.

“Sepanjang tempoh itu, saya boleh kawal, tetapi ia sekali lagi menyerang Rabu lalu.

“Pada mulanya saya hanya ingin mendapatka­n ubat di klinik tetapi kerana terlalu sakit, isteri membawa saya ke hospital.

“Hasil pemeriksaa­n, doktor menasihatk­an saya menjalani pembedahan tetapi saya perlu berehat lebih seminggu.

“Memandangk­an saya terbabit dengan GV4, saya tangguhkan dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Lan akui kali pertama menanggung kesakitan teruk dan waktu sama membuat persembaha­n.

Ketika latihan penuh Sabtu lalu, Lan tidak mampu berjalan dan terpaksa berkerusi roda.

“Ketika persembaha­n semalam, saya terpaksa menyanyi dan menahan sakit.

“Memang seksa dibuatnya sebab saya terpaksa buat dua kerja dalam waktu sama berbanding hanya jaga persembaha­n sebelum ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia