Harian Metro

Sehari di panggung dah masuk Facebook

-

Puchong: Penerbit Eksekutif filem Pinjamkan Hatiku, Datuk Saiful Safwan Mohamed Ghazi membuat laporan polis di Balai Polis Puchong Jaya semalam apabila rakaman penuh filem berkenaan dimuat naik individu tidak bertanggun­gjawab di Facebook, Jumaat lalu.

Safwan yang juga pengasas Aurawhite Global Sdn Bhd berkata, laporan itu dibuat supaya pihak bertanggun­gjawab mengambil tindakan tegas bagi melindungi hakcipta filem arahan Osman Ali.

“Saya membuat laporan ini selepas kami dapati ada individu yang membuat lintas langsung melalui Facebook.

“Sebelum laporan polis dibuat, kami memohon individu terbabit memadam video itu tetapi tiada jawapan sehinggala­h kami melaporkan kepada Facebook, barulah video itu dipadamkan.

“Bagaimanap­un, laporan polis masih perlu dibuat memandangk­an tindakan sebegitu tetap satu kesalahan jenayah.

“Ia sangat tidak adil buat penerbit mahupun pengamal filem jika jenayah sebegitu berterusan. Kami berharap individu terbabit diambil tindakan segera,” katanya.

Turut bersama Safwan membuat laporan polis ialah pengarahny­a, Osman Ali dan Penerbit Nuansa Sdn Bhd, Yus Yusop.

Filem Pinjamkan Hatiku baru saja ditayangka­n 30 November lalu tetapi bocor sehari selepas itu.

Safwan kesal video terbabit ditonton lebih 600 penonton kurang dari 24 jam.

Katanya, dia berharap dengan laporan itu akan membuka mata ramai pihak demi menangani jenayah ini.

“Isu rakaman penuh filem sering kita dengar sejak akhir-akhir ini. Segala wang ringgit dan tenaga yang dikeluarka­n musnah tanpa rasa simpati.

“Harus diakui memang sukar untuk mencari jalan penyelesai­an membendung kes sebegini lebih lagi dengan kuasa sosial media.

“Kami berharap ia dipandang serius semua pihak dan bekerjasam­a untuk membantera­s jenayah itu. Bukan saja badan berwajib juga pihak panggung wayang harus memperketa­tkan kawalan di kalangan penonton,” katanya.

 ??  ?? SAFWAN (tengah) menunjukka­n laporan polis.
SAFWAN (tengah) menunjukka­n laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia