Harian Metro

Penduduk lega buaya 100kg berjaya ditangkap

-

Kemaman: Kegusaran penduduk Kampung Paman di sini, berikutan kehadiran buaya tembaga di tali air kampung sejak beberapa bulan lalu, berakhir apabila reptilia itu ditangkap kakitangan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, kelmarin.

Buaya sepanjang lima meter dan seberat 100 kilogram (kg) itu ditangkap menggunaka­n teknik khas pasukan PERHILITAN, kira-kira jam 5 petang.

Difahamkan, buaya tembaga itu mula muncul selepas banjir besar melanda Kemaman pada awal 2014 dan sering timbul di permukaan air terutama sejak tiga bulan terakhir ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (J3K) Paman Siti Mawartini Mamat berkata, sejak seminggu lalu, setiap malam penduduk turun memantau kerana bimbang buaya itu membahayak­an penduduk dan ternakan terutama ketika musim banjir.

“Buaya berkenaan sangat agresif dan tersesat di tali air ini selepas banjir besar awal 2014 lalu.

“Sekarang kami lega dan tenang untuk menghadapi banjir dan boleh beri tumpuan sepenuhnya kerana tidak bimbang lagi dengan buaya itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak PERHILITAN untuk membincang­kan tempat sesuai untuk buaya itu dilepaskan.

“Buat sementara waktu, buaya itu dijaga di pejabat PERHILITAN,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia