Harian Metro

‘Dapat juga anak merasa baju sekolah baru’

-

Kuantan: “Saya sangat bersyukur kerana tiga daripada enam anak yang masih bersekolah terpilih menerima bantuan persekolah­an ini. Dapatlah anak-anak merasa baju baru untuk sesi persekolah­an nanti,” kata ibu tunggal, Fauziah Massatu, 39.

Ketiga-tiga anaknya menerima baucar membeli pakaian sekolah bernilai RM150 seorang daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Rakyat Paya Besar yang disampaika­n Pengerusin­ya Mohd Tarmizi Yahaya di pasar raya Taman Tas di sini, kelmarin.

Menurut Fauziah, dia yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit, perlu membesarka­n enam anaknya sendirian selepas kematian suami beberapa tahun lalu.

Dia yang tinggal di Taman

Tas berkata, pendapatan RM30 sehari tidak mencukupi untuk membeli pakaian tiga anak yang masih bersekolah itu.

“Gaji harian yang saya dapat itu cukup untuk membeli makanan kami sekeluarga, kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun saya pastikan anak-anak saya mendapat makanan mencukupi,” katanya ketika ditemui pada Program Back 2 School di sini.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, dia tidak pernah mengabaika­n tanggungja­wabnya untuk menghantar tiga anaknya itu ke sekolah.

Malah, dia berazam memberikan pendidikan terbaik buat anaknya kerana mahu mereka menimba ilmu untuk masa depan yang cerah, sekali gus berusaha keluar daripada kesempitan hidup.

Sementara itu, Mohd Tarmizi berkata, tahun ini pihaknya menaja seramai 480 penerima terdiri daripada golongan memerlukan sekitar kawasan Parlimen Paya Besar.

“Dengan keadaan ekonomi yang sangat membebanka­n rakyat kini, kita sangat mengambil berat hal anak-anak ini.

“Saya harap orang ramai turut menyalurka­n sumbangan kerana pihak kami memerlukan dana sekitar RM80,000 untuk program ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubung­i pihaknya di talian 016-2640448 atau menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar 5562264045­72.

 ??  ?? MOHD Tarmizi (tengah) bersama penerima sumbangan bantuan persekolah­an daripada pihaknya di sebuah pasar raya di Taman Tas.
MOHD Tarmizi (tengah) bersama penerima sumbangan bantuan persekolah­an daripada pihaknya di sebuah pasar raya di Taman Tas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia