Harian Metro

Situasi biasa sejak 30 tahun lalu

- Muhamaad Razis Ismail, Siti Nor Hidayatida­yu Razali, Mohamad Zulhairie Manzaidi dan Syaherah Mustafa am@hemtro.com.my

Kota Bharu: Masalah banjir termenung dihadapi lebih 1,000 penduduk di 10 kampung di kawasan Limbat dan Pendek sejak lebih 30 tahun yang lalu.

Antara kampung yang terjejas termasuk Kampung Kubang Keranji, Kubang Siput, Taman Paduka, Kampung Likung, Kubang Kacang, Rupik dan Gutong.

Kawasan kediaman mereka dinaiki air antara 0.2 meter hingga 0.5 meter sejak Sabtu lalu dan hingga semalam belum surut walaupun cuaca dalam keadaan baik sejak dua hari lalu.

Penduduk Kampung Kubang Keranji, Wan Nordin Wan Mahmud, 56, berkata, air termenung disebabkan masalah perparitan yang tersumbat sejak 32 tahun lalu.

“Longkang di jalan utama tidak diselengga­ra dengan baik menyebabka­n air banjir tidak surut.

“Saya dan beberapa penduduk kampung yang lain terpaksa meletakkan kereta di jalan utama kerana halaman rumah dipenuhi air kerana bimbang kereta dimasuki air,” katanya di sini, semalam.

Penduduk Kampung Kubang Siput, Nik Rosli Nik Man, 47, berkata, masalah banjir termenung itu berlarutan kerana perparitan yang tidak sistematik.

“Ia menyebabka­n perjalanan air tidak lancar dan air lambat surut.

“Saya mewakili penduduk minta pihak berkuasa mengambil tindakan segera membaiki masalah perparitan di kawasan kampung ini,” katanya.

Hampir 3,000 penduduk di tujuh kampung terkepung selepas kediaman masing-masing dinaiki air sejak Rabu lalu.

Penduduk berkenaan termasuk Kampung Bendang Pak Yong, Simpangan, Kajang Sebidang dan Kubang Sawa.

Penduduk, Nurul Husan Hanafi, 22, berkata, rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong dinaiki air sedalam dua meter menyebabka­n dia terputus jalan perhubunga­n untuk keluar.

Namun disebabkan bekalan ikan dan sayur-sayuran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia