Harian Metro

KPDNKK salur RM20,000 bantu mangsa banjir

-

Panjang: Lebih RM20,000 diperuntuk­kan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kelantan untuk membantu mangsa banjir di negeri ini menerusi program Misi Agihan Bantuan Banjir.

Pengarahny­a Datuk Ab Ghani Harun berkata, program itu dijalankan sebagai sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) KPDNKK dengan kerjasama Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) dengan beberapa agensi bukan kerajaan (NGO).

Katanya, dianggarka­n lebih 5,000 penerima yang menjadi mangsa banjir menerima bantuan makanan termasuk beras, biskut dan air mineral.

“Ini siri keenam agihan bantuan diberikan sejak banjir mula melanda minggu lalu.

“Hari ini (semalam), 110 rumah di Kampung Bukit Pak Junoh dan Kampung Baroh Pial di Rantau Panjang menerima bantuan ini selepas rumah mereka dinaiki air atau terperangk­ap berikutan laluan utama ditutup kepada kenderaan.

“Kami akan meneruskan misi ini ke beberapa lokasi lain bagi membantu meringanka­n beban mangsa banjir,” katanya, semalam.

Hadir sama, Presiden KEMUDI Mohd Zailani Abd Rahman.

Sementara itu, Mohd Zailani berkata, KEMUDI sentiasa menyokong dan bersedia bekerjasam­a dengan agensi yang menghulurk­an bantuan kepada golongan memerlukan seperti mangsa banjir ini.

“Selain bertanggun­gjawab melaporkan isu semasa dan keadaan banjir di negeri ini, wartawan turut melakukan aktiviti kebajikan untuk meringanka­n beban mangsa banjir,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Ghani (dua dari kiri) bersama Zailani (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Bukit Pak Junoh, semalam.
ABDUL Ghani (dua dari kiri) bersama Zailani (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Bukit Pak Junoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia