Harian Metro

Minda kelas

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Kemudahan awam oBike terus jadi mangsa vandalisme segelintir tidak bertanggun­gjawab

Masih belum serik! Itu gambaran yang boleh diberikan kepada segelintir masyarakat apabila kemudahan awam seperti oBike terus menjadi mangsa vandalisme.

Kerosakan yang terdapat pada perkhidmat­an basikal berbayar itu membuktika­n mentaliti rakyat negara ini masih pada tahap rendah walaupun kemudahan disediakan mencapai kelas pertama.

Selain itu, ia juga menunjukka­n rasa tidak bersyukur rakyat dengan pilihan pengangkut­an yang mudah, pantas dan berpatutan itu.

Tinjauan Harian Metro di Jalan Ampang, Maluri, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek mendapati basikal milik oBike mendapat perhatian pihak tidak bertanggun­gjawab apabila ada komponenny­a dicabut dan dibuang merata-rata.

Basikal yang sepatutnya digunakan orang ramai untuk mengamalka­n gaya hidup sihat itu turut tidak diletakkan pada tempat disediakan.

Malah, basikal yang disusun secara kemas dan teratur kelihatan berterabur kemungkina­n ditendang individu tidak bertanggun­gjawab dan paling buruk basikal yang tinggal rangka dicampak begitu saja.

Pengguna tegar perkhidmat­an oBike, Azli Samsudin, 35, berkata, vandalisme yang dilakukan itu mengundang masalah kepada orang lain dan dia kecewa dengan apa yang berlaku.

“Apa sudah jadi dengan sikap manusia yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan? Kasihan pada pihak yang menyediaka­n perkhidmat­an itu apabila perlu mengganti basikal rosak dan menanggung belanja tinggi,” katanya.

Bagi pekerja swasta, Erni Mohd Zain, 28, basikal yang menjadi mangsa vandalisme dan diletakkan pada tempat salah mencacatka­n pemandanga­n ibu kota.

“Kita patut berasa malu terhadap pelancong asing apabila mereka terpaksa menghadapi keadaan itu walaupun pada asalnya mahu melihat keindahan dan kecantikan Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pembanguna­n Perniagaan oBike Malaysia, Ian Goh berkata, susulan aduan dan laporan daripada pengguna perkhidmat­an itu, pihaknya mengambil tindakan dan menambah baik perkhidmat­an oBike untuk memastikan masalah itu tidak berulang.

Katanya, pihaknya mempunyai pasukan peronda khas yang memantau kemudahan basikal berkenaan dan akan mengambil tindakan jika terdapat basikal yang rosak atau hilang.

 ??  ?? BASIKAL sewa oBike diletakkan pada tempat tidak sepatutnya dan tidak teratur di Jalan Ampang.
BASIKAL sewa oBike diletakkan pada tempat tidak sepatutnya dan tidak teratur di Jalan Ampang.
 ??  ?? RANGKA basikal oBike yang dicampak begitu s aja.
RANGKA basikal oBike yang dicampak begitu s aja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia