Harian Metro

Harga bahan basah terkesan ikut cuaca

-

Kuala Lumpur: Keadaan cuaca yang tidak menentu, memberi kesan kepada harga bahan basah seperti ikan dan sayur-sayuran.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar besar sekitar ibu kota semalam mendapati harga ikan dan sayur-sayuran naik RM2 daripada harga biasa.

Peniaga ikan yang dikenali sebagai Leong, 45, berkata, hasil tangkapan yang sedikit menjadi punca kenaikan harga ikan.

“Cuaca yang tidak menentu dan banjir yang berlaku di sesetengah kawasan menjadikan hasil tangkapan menjadi sedikit berbanding sebelumnya.

“Jika hasil tangkapan banyak, harga turun, jika tidak ia jadi sebaliknya,” katanya ketika ditemui di Pasar Taman Tun Dr Ismail di sini, semalam.

Seorang lagi peniaga ikan, Faisal Amri, 40, berkata harga ikan di kawasan perniagaan­nya masih lagi berada pada tahap terkawal.

“Tidak dinafikan terdapat ikan yang naik harganya, tetapi tidak banyak.

“Ada ikan dijual RM8 sekilo tetapi kini dijual dengan harga RM10 sekilo,”katanya.

Peniaga sayur yang ingin dikenali sebagai Hafiz, 34, berkata, harga sayur-sayuran berbeza setiap hari.

“Harga bagi sayur-sayuran berbeza ikut musim, dan juga mangikut cuaca,” katanya. Pengunjung ke sejuta yang mengunjung­i Menara Kuala Lumpur bermula 1 hingga 31 Disember ini berpeluang memenangi hadiah wang tunai, jam F1, baucar makan malam di

360, pas serta cenderahat­i dan sijil.

Menurut kenyataan dikeluarka­n Menara Kuala Lumpur, sepanjang tempoh itu mereka juga menyediaka­n harga promosi tiket

dan kepada pengunjung.

“Pengunjung berpeluang mendapat harga promosi apabila membeli satu tiket dewasa dan percuma satu tiket kanak-kanak ke

dengan hanya RM75 berbanding harga biasa RM114. “Bagi pakej

pula ia hanya RM222 berbanding harga asal RM380,” kata kenyataan itu, semalam.

Maklumat lanjut layari www.menarakl.com.my.

 ??  ?? HARGA ikan dan hasil laut naik berikutan musim tengkujuh serta cuaca yang tidak menentu.
HARGA ikan dan hasil laut naik berikutan musim tengkujuh serta cuaca yang tidak menentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia