Harian Metro

Kirim petai sebelum nahas

-

Kulim: “Arwah sempat membeli petai sebelum meminta saya menyerahka­n kepada ibunya kerana dia ingin singgah bersarapan terlebih dulu sementara saya terus pulang ke rumah selepas selesai kerja di kilang,”

Begitu kata Mohd Zuhairi Abdul Rahim, 23, rakan kepada Mohamad Alif Shazwan Mat Arif, 21, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori pasir di jalan Kulim-Mahang berhampira­n Dublin, Kulim, semalam.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa yang tinggal di Kampung Tengah Bukit Bertam, Selama, Perak maut di tempat kejadian selepas parah di badan.

Mohd Zuhairi berkata, dia berkawan baik dengan arwah selepas mereka bekerja di sebuah kilang di kawasan Kulim Hi-Tech sejak tujuh tahun lalu.

Menurutnya, mereka juga akan pergi dan pulang ke rumah bersama dengan motosikal secara berasingan.

“Kami bekerja syif sama, sebab itu dapat pergi dan pulang bersama, namun hari ini saya terpaksa pulang awal kerana ada urusan sementara arwah singgah di Sungai Kob untuk bersarapan.

“Kami keluar dari kilang jam 8.20 pagi dan sebaik sampai di Sungai Kob, arwah menyerahka­n petai dibeli daripada rakannya di kilang kepada saya untuk diberi kepada ibunya,” katanya ketika di temui di Bilik Forensik Hospital Kulim di sini, semalam.

Katanya, selepas menyerahka­n petai itu kepada ibu rakan baiknya, dia terus pulang ke rumah sebelum terkejut menerima panggilan daripada rakan jam 9.20 pagi memberitah­u arwah terbabit kemalangan.

“Arwah seorang yang baik dan suka bergurau dengan rakan-rakan sekerja. Kami kehilangan seorang rakan yang baik serta berdoa supaya rohnya di tempat dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, bapa tirinya, Wan Bahari Wan Hamid,54, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah jam 11 pagi kelmarin.

 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa kemalangan jalan raya di Jalan Kulim-Mahang
berhampira­n Dublin, semalam. Gambar kecil,
Mohamad Alif.
KEADAAN motosikal mangsa kemalangan jalan raya di Jalan Kulim-Mahang berhampira­n Dublin, semalam. Gambar kecil, Mohamad Alif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia