Harian Metro

Pasangan suami isteri curi CPU diberkas

-

Putrajaya: Tiga suspek termasuk pasangan suami isteri diberkas polis selepas terbabit dalam aktiviti pecah pejabat di lapan daerah sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 31 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Segamat, Johor; Sri Petaling, Kuala Lumpur dan Kajang Perdana, Selangor pada 25 dan 26 November lalu.

Beliau berkata, suspek yang juga anggota Geng Sarvin itu ditahan susulan pendedahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kecurian membabitka­n 17 unit pemprosesa­n komputer (CPU) di Makmal Komputer Infrastruc­ture University Kuala Lumpur (IUKL) di Kajang, Selangor pada 1 November lalu.

“Hasil siasatan melalui CCTV itu berjaya mengesan dua lelaki yang membawa keluar empat beg berisi muatan sebelum dilarikan dengan sebuah kenderaan.

“Melalui tangkapan itu, kami berjaya menyelesai­kan kira-kira 20 kes pecah pejabat dan makmal dengan nilai anggaran sekitar RM100,000,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, seorang lelaki yang juga suspek pertama berjaya ditahan di Segamat, Johor pada 25 November lalu dan polis turut merampas beberapa barangan kes termasuk sebuah kenderaan klon jenis Toyota Wish yang digunakan suspek dan peralatan pecah seperti kunci pintar.

Abdul Aziz berkata, suspek berusia 21 tahun itu mempunyai 28 rekod jenayah lampau dengan kesalahan sama iaitu pecah pejabat.

Menurut, susulan tangkapan itu, pihaknya menahan seorang lagi lelaki berusia 27 tahun di Seri Petaling, Selangor pada hari sama manakala, pada esoknya, seorang wanita berusia 31 tahun yang juga isteri kepada suspek pertama diberkas di Kajang.

“Kegiatan pecah pejabat ini dikesan aktif sejak enam bulan lalu di lapan lokasi iaitu di Sepang; Kajang; Putrajaya; Wangsa Maju; Cheras; Petaling Jaya; Pualau Pinang dan Johor Bahru.

“Selain itu, mereka turut menjual barangan curi berkenaan di salah sebuah kedai komputer di Plaza Low Yatt, Kuala Lumpur. Kami juga terpaksa menahan dua lelaki warganegar­a Pakistan berumur 21 dan 41 tahun bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, suspek wanita sudah dibebaskan oleh mahkamah manakala, empat lagi suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanap­un, pihak polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang juga dalang utama kegiatan berkenaan iaitu Ravi Suppiah, 40, yang beralamat terakhir di C-2-20 Blok C Jalan Kajang Perdana 2, Kajang Selangor,” katanya.

 ??  ?? RAVI
RAVI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia