Harian Metro

Anjing menyalak, suara mengerang

-

Sungai Petani: “Saya pelik apabila melihat anak anjing menyalak di pintu belakang rumah sebelum terdengar suara orang mengerang kesakitan dan terus keluar, namun terkejut melihat lelaki berlumuran darah,” kata saksi kejadian yang mahu dikenali Chai, 38.

Dalam kejadian 3 petang semalam, seorang lelaki, Liu Chee Wei, 25, ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tikaman di dada kiri di lorong belakang Taman Arked, Sungai Petani, di sini.

Chai berkata, dia terkejut melihat seorang lelaki terbaring di lorong belakang rumah sambil mengerang kesakitan.

Menurutnya, dia terus menghampir­i mangsa dan mendapati dada berlumuran darah selain lelaki itu menutupnya dengan tangan.

“Saya sempat bertanya kepada mangsa apa yang berlaku sebelum dia memberitah­u keretanya dilarikan orang, namun tidak lama kemudian dia terkulai dan tidak bernyawa.

“Saya tidak tahu dari arah mana lelaki itu datang... tiba-tiba saja ada tidak jauh dari belakang rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam dan terus ke lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek dari Nibong Tebal, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian dada.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa mayat lelaki yang mati ditikam.
ANGGOTA polis memeriksa mayat lelaki yang mati ditikam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia