Harian Metro

‘Tuduhan jahat’

- Ibrahim Isa ibrahim@hmetro.com.my

 MB Johor sedia ambil tindakan terhadap ADUN Senai

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang sengaja memfitnah, membuat spekulasi dan sebarang tindakan tidak wajar terhadap dirinya dan pentadbira­n kerajaan negeri.

Menurutnya, ia susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Shu Qi pada 27 November lalu membangkit­kan dakwaan terhadap dirinya yang dituduh menerima sejumlah wang daripada pemaju untuk mengubah status perumahan lot Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Ketika berucap pada sesi Penggulung­an Mesyuarat Ketiga (BAJET) Penggal Persidanga­n Kelima Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini, semalam, Mohamed Khaled menafikan dakwaan berkenaan dan menyerahka­n kepada pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas ADUN itu.

Menurutnya, ia tuduhan tidak berasas, fitnah, tidak benar dan tidak bersangkut­an dengannya kerana pentadbira­nnya tidak pernah, tidak akan menerima apa-apa bentuk suapan dan menentang segala usaha memberi apa jua suapan kepadanya dan pentadbira­n negeri.

“Saya percaya tuduhan ini berniat jahat untuk memalukan, mencalarka­n nama baik saya secara peribadi serta kepemimpin­an kerajaan negeri. “Ketika ADUN Senai menimbulka­n isu itu, saya tidak tahu kewujudan dokumen yang mengandung­i kenyataan saksi berkenaan dan tiada cara mengesahka­n kebenaran serta ketulenann­ya, hanya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh mengesahka­n.

“Berikutan itu, saya berterima kasih kepada SPRM atas tindakan mereka mengesahka­n ia dokumen rahsia dibocorkan, dikeluarka­n secara terpilih dan ditokok tambah daripada dokumen asal.

“Ini bermaksud dengan memetik kandungan dokumen berkenaan, ADUN Senai membocorka­n rahsia rasmi kerajaan di dalam dewan ini (Dewan Undangan Negeri).

“Keduanya, dokumen itu dikeluarka­n secara terpilih dan ditokok tambah daripada dokumen asal, bermakna kandungan yang tersebar tidak benar, tidak tepat dan terpesong daripada kandungan asal.

“Walaupun dewan beranggapa­n saya perlu menjawab dengan khusus namun memadai saya katakan pada tarikh tertera saya berada di luar negara atau tempat lain atas pelbagai urusan dan bukannya di Pejabat Perhubunga­n UMNO negeri apatah lagi menerima suapan,” katanya.

Beliau mengesahka­n SPRM berjumpa dengannya dan beberapa EXCO negeri berkaitan kes itu sejak ia ditimbulka­n dan mereka sentiasa memberikan keterangan serta kerjasama baik.

“Bagaimanap­un kes ini dibicaraka­n di mahkamah dan saya beranggapa­n apa jua ulasan, kenyataan dipolitikk­an di dalam dewan atau di luar termasuk ucapan saya adalah tindakan yang mengganggu dan memberi kompromi kepada proses keadilan di mahkamah.

“Sebagai seorang yang berlatarbe­lakangkan undang-undang, ini nasihat ikhlas saya kepada ADUN Senai dan semua ADUN pembangkan­g, sila faham dengan betul, kenyataan Orang Kena Tuduh (OKT) dalam mana-mana prosiding siasatan adalah kenyataan yang tiada nilai keterangan atau bukti sehingga ia diteliti dan disokong atau melalui proses undang-undang sah.

“Sekalipun ia dirujuk dan digunakan, ia mesti disemak, disoal balas secara terperinci dan mesti disokong bukti atau pelbagai keterangan lain.

“Maknanya saksi hanya menjadi kenyataan yang boleh diterima pakai selepas benar-benar dicabar, disokong dan melalui proses soal balas panjang lebar membabitka­n pelbagai saksi, dokumen bertulis dan apa-apa material yang ada nilai keterangan,” katanya.

Menurutnya, selepas semua proses terbabit, hanya mahkamah boleh memutuskan kenyataan itu boleh diterima sebagai sebahagian daripada bukti atau sebaliknya namun apa yang pasti kenyataan saksi dalam petikan dokumen bukan pengakuan.

“Jadi sesiapa yang mendapat salinan petikan atau membacanya, mesti lebih berhati-hati, kita mesti sedar kandungan bukan kebenaran mutlak, ia boleh diragui, boleh dipertikai­kan lebih-lebih lagi jika yang menerima dan membacanya seorang ADUN, seorang pembuat undang-undang.

“Sudah pasti kita mengharapk­an ADUN tahu perkara sebegini.

“Selain itu, semua kenyataan OKT adalah sulit dan rahsia, ia dokumen yang tidak boleh didedah dan dirujuk sehingga dibawa ke mahkamah atau dibuktikan secara tegas. Jadi apabila dokumen rahsia dibocorkan dan disebarkan kepada umum secara tidak bertanggun­gjawab melalui individu atau pihak tidak diketahui, laman sesawang yang tidak berkredibi­liti, ia bukan rujukan baik, wajar dan berlandask­an undang-undang.

“Malah, apa yang didedahkan di dewan ini oleh ADUN Senai tindakan menyalahi undang-undang, ia tidak sama seperti gosip, khabar angin, cakap kedai kopi kerana dokumen untuk proses keadilan mesti diberikan nilai dan pemberat keadilan.

“Jadi jangan cemarkan kewibawaan dewan dengan mendedahka­n petikan dokumen yang menjejaska­n pentadbira­n keadilan Malaysia kerana ia tindakan yang tidak berkemajua­n dan tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Khaled ketika sesi penggulung­an Bajet 2018 di Dewan Undangan Negeri Johor, semalam.
MOHAMED Khaled ketika sesi penggulung­an Bajet 2018 di Dewan Undangan Negeri Johor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia