Penanda aras kehidupan
Lima pesanan Imam Syafie perlu diamal dan diingati
manusia yang disibukkan memikirkan dunia, hatinya akan menjadi gelap. Sebaliknya manusia yang sering memikirkan akhiratnya, maka hatinya akan tenteram dan tenang.”
Pesan Imam Syafie lagi, hendaknya kamu memperbanyakkan menyebut dan mengingati hal kematian berbanding kehidupan.
Dalam hal itu, Umar al-Khattab turut berpesan, “Kematian adalah pasti. Manusia yang bijak ialah manusia yang mempersiapkan bekalan dirinya untuk menghadapi kematian. Waktu dan umur kamu selalu berkurang dan bakal menghantarkan kamu ke dunia lain.
“Waktu dan umur kamu berjalan menuju kematian yang pasti. Maka, apa yang sudah kamu bekalkan untuk kematian?”
Seterusnya, pesanan Imam Syafie yang keempat ialah tidak cepat berbangga diri dengan kebaikan diberikan.
Kelima, Imam Syafie menasihatkan kaum umat Islam supaya menjauhi daripada menyebut keaiban dan keburukan orang lain.
Hal itu bertepatan dengan ajaran baginda Rasulullah SAW yang menegah umatnya berperibadi buruk dengan amalan negatif seperti mengumpat keji, suka membuka keaiban dan keburukan pihak lain.
Mukmin yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah akan berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam kancah ‘mempromosikan aib’ orang lain.
Dalam masyarakat kita, larangan dan tegahan itu tidak lagi berbekas dalam hati. Sebaliknya budaya menghentam pihak lain dengan menayangkan keburukan dan aib seseorang atau pihak tertentu semakin menjadi-jadi tanpa rasa berdosa.
Demikian lima pesanan Imam Syafie yang dirasakan amat perlu kita hayati, sekali gus dijadikan penanda aras dalam kehidupan kita di dunia ini.
Penulis pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang