Harian Metro

Sifat orang beriman melalui Rasulullah

-

Di dalam al-Quran dijelaskan ciri-ciri orang Mukmin yang menjadi sebahagian kecil sifat orang beriman.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya menanglah orang yang beriman. Khusyuk dalam sembahyang. Dan mereka yang berpaling dari perkataan yang tidak berguna. Dan mereka yang mengeluark­an zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatan­nya kecuali kepada isteri atau hamba. Maka mereka itu tiada tercela. Barangsiap­a yang mencari luar dari itu adalah melampaui batas. Dan yang menang juga mereka yang menjaga amanah dan menepati janji. Dan mereka yang memelihara sembahyang­nya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-9)

Bukan mudah sebenarnya untuk manusia biasa memahami sifat orang Mukmin. Namun dengan rahmat-Nya, Allah SWT mengutuska­n Nabi Muhammad SAW dengan memperliha­tkan sifat orang beriman melalui baginda.

Iman bersifat tersirat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Amalan soleh, bersikap positif dan beraklak mulia itulah yang terzahir hasil daripada iman yang dibentuk.

Tanpa adanya iman, tiada manusia yang baik di dunia ini. Tahap keimanan yang perlu dicapai setiap umat Islam adalah merasa gementar apabila menyebut nama-nama Allah

SWT.

Di dalam surah al-Anfaal, ayat 2, bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang benar-benar beriman iaitu apabila disebut nama Allah akan gementar hatinya. Dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah akan bertambah iman mereka. Sedang mereka bertawakal kepada-Nya.”

Begitulah betapa besarnya rasa kegerunan dalam diri orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Allah SWT. Orang beriman ini sangat takut untuk melakukan dosa.

Seandainya seseorang mempunyai iman, hatinya tidak berani untuk melakukan maksiat dan kemungkara­n, malah perkara sia-sia yang menjauhkan hatinya daripada mengingati Allah SWT.

Kalimat ‘Amanu wa ‘amilasolih­at’ berulang kali disebut di dalam al-Quran. Dua ciri iaitu iman yang sempurna mesti bergerak seiring dengan perbuatan dan amalan yang baik.

Rasulullah SAW ketika turunnya wahyu memerintah­kan untuk melaksanak­an pelbagai kewajipan dan mengharamk­an sesuatu perkara, sahabat baginda akan dengar serta taat kepada tuntutan itu.

Mereka melaksanak­an apa yang diperintah­kan dengan penuh kepatuhan atas dorongan iman. Contohnya, apabila Allah SWT mengharamk­an sepenuhnya arak, golongan sahabat sendiri memecahkan tempayan yang menyimpan arak masing-masing.

Semua itu dilakukan atas rasa keimanan untuk melakukan kebaikan dan meninggalk­an kemungkara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia