Harian Metro

Bouncer ‘dalang’ dadah zombi

-

Kuala Lumpur: Penularan dadah zombi dalam kalangan pengunjung pusat hiburan sekitar ibu kota berkemungk­inan didalangi oleh kakitangan termasuk pengawal atau

di premis terbabit. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, berdasarka­n siasatan polis mendapati trend pengedaran dadah sintetik itu begitu membimbang­kan kerana ia boleh menyebabka­n individu yang mengambil bahan terlarang terbabit berkelakua­n seperti mayat hidup atau zombi selain hilang kewarasan.

Katanya, pengedaran dadah berkenaan mula dikesan pihak polis ketika melakukan pemeriksaa­n di beberapa pusat hiburan di bandar raya ini sebelum mendapati bahan terlarang itu diedarkan secara meluas.

“Walaupun dadah dijual pada harga mahal, ia tetap menjadi pilihan dalam kalangan pengunjung berdasarka­n penemuan bahan itu dalam keadaan bertaburan di atas lantai dalam operasi dilakukan.

“Dadah itu dicampur dengan minuman atau dihisap seperti rokok dan mampu memberikan kesan lebih kuat berbanding bahan terlarang lain,” katanya dalam sidang media pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penularan dadah sintetik baru itu yang mula menjadi pilihan pengunjung pusat hiburan.

Sebelum ini, polis yang menyerbu beberapa pusat hiburan di bandar raya mendapati dadah sintetik mula tersebar, sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n berikutan kesannya begitu kuat kerana boleh menyebabka­n individu terbabit berkelakua­n seperti mayat hidup.

 ??  ?? MAZLAN
MAZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia