Harian Metro

Bungkusan ‘istimewa’ dari Belanda

-

Kota Kinabalu: Cubaan menyeludup menggunaka­n kiriman pos bagi membawa dua bungkusan pil Ekstasi disorokkan di dalam bagasi dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah, dalam rampasan di Cawangan Bungkusan Pos Kota Kinabalu, di sini, Selasa lalu.

Dalam rampasan jam 12 tengah hari Selasa lalu itu, dua bungkusan plastik berisi pil itu dianggarka­n seberat 4 kilogram terbabit ditemui di dalam beg bagasi berisi barangan terpakai.

Pengarah JKDM Sabah, Datuk Hamzah Sundang berkata, semua dadah ditemui sepasukan pegawai kastam hasil pemeriksaa­n menggunaka­n mesin pengimbas di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n menggunaka­n mesin pengimbas, kami dapati ada imej mencurigak­an di dalam bagasi yang disimpan di dalam kotak besar itu.

“Kami menemui bungkusan hitam mengandung­i dadah terbabit di dalam ruang rahsia beg berkenaan,” katanya pada sidang media di Wisma Kastam Sabah, di sini, semalam.

Hamza berkata, bungkusan itu dipercayai dikirim dari Belanda dan barangan pakaian terpakai itu dipercayai untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Bungkusan dialamatka­n ke Sandakan namun ia perlu dibawa ke Kota Kinabalu terlebih dulu bagi tujuan pemeriksaa­n.

“Susulan rampasan itu, kami menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang datang ke lokasi kejadian bagi menuntut bungkusan,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

“Rampasan ini yang pertama oleh JKDM Sabah membabitka­n cubaan menyeludup dadah menerusi bungkusan pos tahun ini,” katanya.

 ??  ?? HAMZAH (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukka­n pil yang dirampas, semalam.
HAMZAH (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukka­n pil yang dirampas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia