Harian Metro

Perkasa wanita

- BERNAMA

 Najib mahu lebih ramai cipta kegemilang­an

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam memberi penghormat­an kepada wanita-wanita Malaysia atas sumbangan mereka kepada usaha mendorong pembanguna­n negara dengan menyatakan bahawa pelbagai langkah disusun untuk memperkasa­kan mereka.

Beliau menekankan bahawa tiada siapa yang perlu ketinggala­n terutamany­a wanita, dalam usaha memajukan Malaysia dengan lebih bermakna.

“Kami sememangny­a mahu Malaysia maju sehingga mencipta kegemilang­an dan kami berasa bersyukur dengan sokongan, dorongan dan kepemimpin­an yang ditunjukka­n oleh wanita Malaysia,” kata beliau ketika merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Wanita Dalam Politik 2017 (WPIKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Persidanga­n itu diadakan bersempena Perhimpuna­n Agung UMNO yang akan berlangsun­g hari ini hingga 9 Disember ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sejak sekian lama, parti itu bergantung kepada sayap Wanita untuk mengekalka­n hubungan di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar bandar.

“Dan itulah sebabnya Wanita UMNO dikenali sebagai tulang belakang parti,” kata beliau mengenai komponen Wanita parti itu, yang mana UMNO banyak bergantung kepada pergerakan berkenaan bagi melakukan tugas asas pilihan raya dan berkempen serta melaksanak­an inisiatif yang menumpu kepada rakyat.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi WIPKL 2017 yang juga Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut menghadiri persidanga­n itu yang bertemakan Wanita dan Revolusi Industri (IR) 4.0: Kepimpinan dan Kesaksamaa­n Substantif.

Najib berkata, kerajaan ingin melihat lebih ramai wanita menyertai politik kerana penyertaan mereka dapat mencermink­an pengundi dan menjadikan proses politik lebih inklusif, sekali gus memperkuku­h demokrasi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mahu melihat sekurang-kurangnya 30 peratus senator di Dewan Negara terdiri daripada wanita.

“Saya mahu melihat cadangan ini dilaksanak­an. Itulah sebabnya saya berharap dapat memperoleh mandat yang kukuh dalam pilihan raya akan datang (bagi melaksanak­an cadangan ini),” kata beliau.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai rekod yang kukuh berhubung hak wanita, dengan golongan wanita mengisi 35 peratus daripada jawatan pengurusan tertinggi di negara ini.

“Malah, saya diberitahu bahawa sekiranya perkhidmat­an polis dan ketenteraa­n dikecualik­an, pegawai wanita adalah majoriti dalam perkhidmat­an awam dengan mencatatka­n kadar 57.5 peratus. Oleh itu, kita sedang menuju ke arah yang betul, tetapi kita mahu pergi lebih jauh lagi terutamany­a di peringkat yang lebih tinggi,” kata Najib.

Mengenai sasaran menjadikan 30 peratus wanita sebagai anggota lembaga pengarah syarikat senarai awam (PLC), Najib yang juga Menteri Kewangan berkata: “Saya memberi amaran mulai tahun depan, kerajaan akan menamakan dan memalukan PLC yang tidak mempunyai wanita sebagai anggota lembaga pengarahny­a. Saya sudah memberi amaran bahawa mereka mungkin tidak diberikan kontrak kerajaan.”

Beliau menjelaska­n strategi untuk meningkatk­an bilangan wanita dalam jawatan pengurusan tertinggi dan lembaga pengarah syarikat bertujuan mengukuhka­n lagi keupayaan.

“Ia bukan sekadar isu jantina atau memastikan budaya dan amalan kita tidak berunsur diskrimina­si. Ia adalah tentang produktivi­ti,” kata beliau.

Najib menarik perhatian bahawa sejak beliau menyandang jawatan perdana menteri pada 2009, kadar penyertaan tenaga kerja wanita meningkat daripada 46 peratus kepada 54.3 peratus pada 2016 dengan lebih 700,000 wanita menyertai tenaga kerja.

 ??  ?? ANTARA jemputan dari luar negara pada perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Wanita Dalam Politik 2017.
ANTARA jemputan dari luar negara pada perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Wanita Dalam Politik 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia