Harian Metro

Ruang khas warga emas nikmati hidup berkualiti

-

Putrajaya: Selain menyediaka­n aktiviti bercucuk tanam dan kelas memasak sebagai terapi, Pusat Penjagaan dan Pendidikan Islam Dewasa, Laman Khaira yang dilancarka­n semalam turut menawarkan kelas pengajian al-Quran lengkap merangkumi subjek tajwid, tasmik, talaqi dan taranum kepada penghuni warga emasnya.

Pengarah Urusan Laman Khaira Intan Safinaz Redzuan Ranjit berkata, pusat berkenaan menawarkan kemudahan khas kepada kepada warga emas yang mahu menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik.

Beliau berkata, pusat penjagaan yang kini beroperasi di Presint 16 itu, menyediaka­n ruang khas kepada warga emas untuk menikmati kehidupan berkualiti bersama rakan seusia mereka.

“Laman Khaira dibangunka­n berdasarka­n kajian daripada beberapa pakar di Jabatan Pembanguna­n Manusia dan Pengajian Keluarga, Universiti Putra Malaysia (UPM) khusus memberi keselesaan kepada penghuniny­a.

“Setiap susun atur dan modul di pusat jagaan ini merujuk kepada hasil kajian yang dilakukan pakar berkenaan sekali gus membezakan Laman Khaira dengan pusat jagaan warga emas yang lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pusat Penjagaan dan Pendidikan Islam Dewasa, Laman Khaira di Putrajaya, semalam.

Majlis pelancaran pusat berkenaan disempurna­kan Undang Luak Rembau Datuk Muhammad Sharip Othman.

Intan Shafinaz berkata, pihaknya menyediaka­n pelbagai kelas agama dengan kaedah pembelajar­an yang direka khas untuk mengekalka­n kefahaman penghuni berkenaan.

“Kelas pengajian al-Quran akan dipimpin Ustazah Faizah Mohd Hussain iaitu Johan Tilawah Antarabang­sa 2005.

“Malah, setiap kelas agama yang dipimpin beliau turut diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI),” katanya.

Katanya, pihaknya juga menyediaka­n pelbagai aktiviti sampingan seperti bercucuk tanam serta kelas memasak sebagai terapi kepada penghuni di sini.

“Selain itu, penghuni juga akan dihidangka­n dengan pelbagai jenis menu makan yang berkhasiat enam kali sehari selain pemantauan 24 jam daripada kakitangan di sini.

“Bagaimanap­un, tempat adalah terhad kepada 24 penghuni saja dan hanya dibuka peluang kepada golongan wanita untuk menjaga keselesaan kepada penghuni.

“Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubung­i di talian 011-26245662 atau melayari laman web di www.lamankhair­a.com.my,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Sharip (empat dari kanan) bersama Intan Shafinaz (lima dari kanan) pada Majlis Pelancaran Pusat Penjagaan dan Pendidikan Islam Dewasa, Laman Khaira, semalam.
MUHAMMAD Sharip (empat dari kanan) bersama Intan Shafinaz (lima dari kanan) pada Majlis Pelancaran Pusat Penjagaan dan Pendidikan Islam Dewasa, Laman Khaira, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia