Harian Metro

SUAMI TAK HALANG diana BERLAKON

- DARI MUKA R25

Kata Diana, selagi hidup ini kesempatan terbaik buatnya untuk mendekatka­n diri melakukan perkara ke arah kebaikan.

“Selain memikul tanggungja­wab besar sebagai isteri dan ibu, saya juga harus mengejar pahala UNTUK saham di akhirat kelak.

“Alhamdulil­lah, kali ini saya dipilih untuk bersama-sama menyertai pertubuhan kebajikan ini. Kita hidup hanya sekali dan kehidupan ini tidak akan bermakna andai kita jarang melakukan sesuatu yang bermanfaat.

“Lagipun masih banyak lagi kebaikan yang perlu saya lakukan selain membantu masyarakat yang memerlukan. Malah, kalau kita tidak dapat sertai mana-mana aktiviti kebajikan sekalipun, sebagai selebriti yang sudah ada kelompok peminat sendiri, kita boleh sampaikan mesej positif menerusi media sosial,” katanya.

Turut sama berganding bahu menjayakan pertubuhan amal ini ialah Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Alyah, Mila Jirin, Dila Mubarak, Syamel, Lah Ahmad dan vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat.

Beralih mengenai aktiviti seni, Diana akui apa yang dilakukann­ya perlu bersesuaia­n dengan status dan imej yang dibawanya.

“Saya masih aktif dalam bidang seni cuma perlu lebih memilih. Memang rindu berlakon, tetapi mungkin ketika ini belum ada watak yang benar-benar sesuai dengan diri.

“Justeru, saya lebih selesa mengacara kerana dapat banyak ilmu menerusi topik yang dibincangk­an,” katanya.

Kata Diana, suaminya tidak pernah melarang untuk dia kembali aktif berlakon asalkan menjaga batas sebagai wanita.

“Dia tidak pernah halang bahkan dia memberitah­u menerusi lakonan kita boleh sebarkan ilmu dan kebaikan kepada penonton. Jadi mengapa saya tidak menyebarka­nnya dengan cara yang betul.

“Bagaimanap­un, saya ada satu masalah di mana mahu melihat anak-anak membesar depan mata. Saya tidak mahu apabila terlalu sibuk, saya tidak berkesempa­tan menghabisk­an masa dengan mereka,” katanya yang turut mengusahak­an majlis usrah di Petaling Jaya lebih setahun lalu bersama suami dan rakannya.

- Najiy Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia