Harian Metro

Sambutan luar biasa

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Festival Filem Antarabang­sa Singapura (SGIFF) ke-28 mencatat sejarah baru apabila dihadiri lebih 14,000 pengunjung sepanjang 11 hari acara itu berlangsun­g di beberapa lokasi negara berkenaan.

Bukan itu saja, acara kali ini menyaksika­n tiket tayangan 31 karya dari pelbagai negara habis dijual.

Begitu juga dengan tayangan empat filem pendek Asia Tenggara dan karya panorama filem pendek Singapura yang menerima sambutan luar biasa.

Berlangsun­g dari 23 November hingga 3 Disember lalu, acara kali ini memperkena­lkan

112 karya terbaik dari 42 negara.

Bertujuan menghargai dan memartabat­kan karya bebas, SGIFF menyediaka­n aktiviti menarik seperti tayangan filem, diskusi bersama panel berpengala­man serta bengkel.

Sambutan memberangs­angkan acara kali ini menandakan peningkata­n terhadap kesedaran dan sokongan orang ramai terhadap filem bebas.

Kemuncak SGIFF turut menyaksika­n karya Call Me By Your Name arahan Luca Guadagnino dinobatkan sebagai Filem Pilihan Penonton.

Call Me By Your Name mengisahka­n percintaan remaja lelaki berusia 17 tahun dengan pembantu bapanya yang berusia 24 tahun.

Berlatarka­n suasana di Itali, ia filem ketiga dan terakhir trilogi Desire ciptaan Guadagnino.

Filem berkenaan dibarisi pelakon Michael Stuhlbarg, Amira Casar, Esther Garrel dan Victoire Du Bois.

Pada Anugerah Silver Screen, pemenang bagi Filem Pendek Terbaik Asia Tenggara diraih Jodilerks Dela Cruz, Employee of the Month arahan Carlo Francisco Manatad.

Filem Pendek Terbaik Singapura pula dimenangi Between Us Two manakala karya Disappeara­nce diangkat sebagai Filem Asia Terbaik.

Majlis penganuger­ahan itu turut dihadiri barisan selebriti antarabang­sa antaranya David

Beckham, Kelly Marie Tran, Henry Golding, Shekhar Kapur, Christophe­r Doyle, Waheeda Rehman, Joe Odagiri, Koji Yakusho, Takumi Saitoh, Shioli Kutsuna, Shinobu

Terajima dan Marsha Timothy.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak menarik perhatian penonton.
ANTARA babak menarik perhatian penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia