Harian Metro

Cabaran cerun berselut

-

DARI MUKA N33

Di samping itu, ahlinya yang mempunyai ilmu dalam bidang perubatan turut bekerjasam­a dengan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) menerusi Kumpulan Penyelamat dan Respons (IMARET) mengadakan program pemeriksaa­n kesihatan serta mengagihka­n keperluan ubat-ubatan kepada masyarakat Orang Asli yang dikunjungi.

Kesempatan turut serta dalam MM4W menerokai laluan ke perkampung­an Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan memberi pengalaman pengembara­an yang cukup menarik serta mencabar buat kami yang menyertain­ya.

Pos Gob adalah perkampung­an Orang

Asli yang terletak 70 kilometer dari Kuala Betis dan mengambil masa antara lima hingga tujuh jam perjalanan melalui jalan denai termasuk menyeberan­gi beberapa anak sungai.

Sepanjang perjalanan itu, pengalaman mengharung­i cabaran getir sukar diungkapka­n dengan katakata kerana laluan denai yang berbukit, curam dan licin selepas hujan untuk menuju ke perkampung­an Orang Asli paling hujung di Gua Musang sememangny­a memberi makna kepada pengembara lasak yang sebenar.

Sebaik saja tiba di

Pos Gob, sekumpulan penduduk kampung yang terdiri daripada keturunan Temiar menyambut kami dengan penuh senyuman. Air sungai yang mengalir lembut di tepi kawasan perkhemaha­n bersulam dengan panorama hutan hijau tropika sememangny­a menjadikan perjalanan tujuh jam yang ditempuhi amat berbaloi.

Selama tiga hari dua malam berada di Pos Gob, kumpulan pengembara tanpa membuang masa melaksanak­an tugas masing-masing bagi mengisi aktiviti bersama Orang Asli antaranya ada peserta yang membungkus barangan keperluan harian mengikut jumlah rumah, memasak, mengadakan sukaneka bersama kanakkanak manakala kumpulan perubatan memberikan khidmat pemeriksaa­n kesihatan kepada penduduk setempat.

Kumpulan IMARET yang turut serta membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk membuat pemeriksaa­n kesihatan kepada penduduk Orang Asli yang sakit atau ibu yang baru bersalin.

Baru-baru ini, MM4W bersama IMARET sekali lagi mengadakan aktiviti mengembara ke perkampung­an Orang Asli dan kali ini mereka memilih Pos Bihai, Gua Musang yang terletak sekitar 60 kilometer dari Kuala Betis.

 ??  ?? SELUT menjadi cabaran
kepada pergerakan kenderaan ke kampung
Orang Asli.
SELUT menjadi cabaran kepada pergerakan kenderaan ke kampung Orang Asli.
 ??  ?? LALUAN berlumpur menjadi
perkara biasa dilalui kumpulan pengembara ke kampung Orang Asli.
LALUAN berlumpur menjadi perkara biasa dilalui kumpulan pengembara ke kampung Orang Asli.
 ??  ?? PEMERIKSAA­N kesihatan sering mendapat sambutan di kampung Orang Asli.
PEMERIKSAA­N kesihatan sering mendapat sambutan di kampung Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia