Harian Metro

Keunikan Orang Asli

- Hafiz Ithnin hafizthnin@mediaprima.com.my

Majoritiny­a berkulit gelap, berambut kerinting dan perhiasan kepala dinamakan Tempok sinonim dengan negara ini. Mereka mudah disapa dan sentiasa bersedia membantu sekiranya pengembara hutan mahupun penjejak gunung inginkan bantuan sebagai penunjuk arah.

Kehidupan mereka begitu dekat dengan hutan dan alam semula jadi. Ada beranggapa­n mereka ini golongan terpinggir kerana jauh ketinggala­n daripada kemajuan masyarakat luar yang lebih moden dan serba canggih.

Hakikatnya, Orang Asli bukan golongan terpinggir. Mereka adalah masyarakat eksklusif yang berpegang teguh kepada budaya, adat dan kepercayaa­n untuk diturunkan kepada generasi yang akan datang.

Keunikan mereka juga antara elemen yang mampu mempelbaga­ikan tarikan pelanconga­n di negara ini. Apatah lagi Malaysia sememangny­a terkenal dengan pelbagai kepercayaa­n, budaya dan bangsa.

Di negara ini terdapat lebih 200,000 Orang

Asli terdiri daripada tiga masyarakat iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto yang dipecahkan kepada 18 suku masyarakat antaranya Kensiu, Kintak, Termiar, Semai, Kuala dan Kanaq.

Jabatan Kemajuan

Orang Asli (JAKOA) sebagai entiti yang memastikan golongan berkenaan terus membangun dan maju. Agensi ini turut mengenal pasti keunikan budaya Orang Asli untuk menjadi tarikan kepada sektor pelanconga­n negara.

Ketua Pengarah JAKOA, Mohd Jamalludin Kasbi berkata, pelanconga­n eko yang membabitka­n Orang Asli masih baru dan pihaknya menerusi aktiviti pembanguna­n modal insan kini dalam usaha mewujudkan pemandu pelancong dalam kalangan masyarakat berkenaan.

Katanya, JAKOA juga menggalakk­an masyarakat Orang Asli mewujudkan inap desa di kampung masing-masing kerana mereka mempunyai kepakaran dalam pelanconga­n eko serta budaya yang unik untuk diketengah­kan.

“Pada masa ini antara perkampung­an Orang

Asli yang mempunyai program inap desa adalah Kampung Gop kerana terdapat bunga rafflesia di kawasan berkenaan, sekali gus mampu menarik pelancong berkunjung ke kampung mereka.

“Kita juga menggalakk­an orang ramai untuk datang sendiri ke kampung Orang Asli di seluruh negara bagi mengenali kehidupan dan budaya mereka yang unik,” katanya.

Bagaimanap­un, pihaknya menyaranka­n orang ramai untuk memaklumka­n sebarang aktiviti membabitka­n Orang Asli kepada JAKOA sama ada di peringkat negeri atau daerah.

Langkah itu bagi membolehka­n JAKOA membantu pelawat mendapatka­n kerjasama daripada penduduk kampung setempat kerana ada antara mereka yang masih tertutup atau malu untuk berjumpa dengan masyarakat luar.

Mohd Jamalludin berkata, sekiranya orang ramai terus mengadakan program kemasyarak­atan sambil melancong di perkampung­an Orang

Asli, ia sekali gus dapat memberi kesan positif dari segi pembanguna­n ekonomi dan infrastruk­tur asas yang diperlukan golongan berkenaan.

“Misi kemanusiaa­n yang dijalankan pihak tertentu seperti membantu meningkatk­an kesedaran kesihatan, pendidikan dan penyelidik­an dapat membangunk­an aktiviti sosial masyarakat Orang Asli terutama yang kedudukann­ya jauh di pedalaman,” katanya.

Sementara itu, pada masa ini kerajaan menyediaka­n kemudahan jalan kampung sebanyak 84 peratus, bekalan elektrik (80 peratus), bekalan air (79 peratus) dan sebanyak 82 peratus Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) daripada keseluruha­n 853 perkampung­an Orang Asli yang berdaftar di seluruh negara.

 ??  ?? SUASANA perkampung­an Orang Asli mampu menarik perhatian pelancong.
SUASANA perkampung­an Orang Asli mampu menarik perhatian pelancong.
 ??  ?? PRODUK kraf antara elemen diketengah­kan masyarakat Orang Asli.
PRODUK kraf antara elemen diketengah­kan masyarakat Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia