Harian Metro

Kuala Lumpur tuan rumah GSUT

-

Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah bagi Persidanga­n Global dan Pelanconga­n Urban kali keenam (6th GSUT) yang berlangsun­g dari 4 hingga 6 Disember yang disertai delegasi tempatan dan antarabang­sa.

Persidanga­n itu dihadiri ketua dalam industri pelanconga­n dunia, pembuat dasar tertinggi, pakar daripada sektor awam dan swasta, ahli akademik, pihak berkuasa serta golongan perancang dan arkitek urban untuk bertukar idea serta pendapat bagi meningkatk­an kemajuan sektor pelanconga­n.

Malaysia menjadi negara keenam dipilih untuk mengadakan persidanga­n antarabang­sa berkenaan selepas Luxor, Mesir (2016), Marrakech, Morocco (2015),

Barcelona, Sepanyol (2014), Moscow, Russia (2013) dan Istanbul, Turki (2012).

Kuala Lumpur yang pernah disenaraik­an sebagai Destinasi Kelima Terbaik Membeli-Belah Antarabang­sa 2016 oleh Expedia United Kingdom sering menjadi tarikan sebagai destinasi paling berbaloi untuk berbelanja kepada pelancong.

Kuala Lumpur mempunyai infrastruk­tur dan keterhubun­gan mesra pelancong yang mampu menarik kunjungan lebih ramai pelancong asing pada Disember memandangk­an musim Promosi Membeli

Belah 1 Malaysia yang berlangsun­g sepanjang bulan berkenaan.

Selain itu, Kuala Lumpur juga sesuai dijadikan destinasi persidanga­n atau acara antarabang­sa berikutan sambutan yang menggalakk­an untuk acara besar seperti penganjura­n Forum Antarabang­sa Kualiti dan Keselamata­n Kesihatan, World Congress of the Internatio­nal Federation of Freight Forwarders Associatio­ns (FIATA) dan Konsert Ed Sheeran Live in Malaysia. Acara: Wastra Borneo Exhibition

Tarikh: 17 Oktober 201731 Disember 2017

Lokasi: Muzium Sabah Penganjur: Muzium Sabah

Acara: Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur

Tarikh: 14 Julai 2017 - 14 Januari 2018

Masa: 10 pagi -10 malam setiap hari

Acara: Expo Negaraku Tarikh: 15 November 2017 15 Disember 2017

Lokasi: Dataran

Merdeka, Kuala Lumpur

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia