Harian Metro

INOVASI PEREKA MUDA

- Nor Hanisah Kamaruzama­n

Rohan cipta alat pengesan konkusi guna telefon pintar

Umum mengetahui, kaedah mengesan konkusi (tidak sedarkan diri dalam jangka pendek akibat kecederaan pada kepala) menerusi pergerakan mata bukan perkara baru dan ia sering dilakukan pengamal perubatan secara manual dengan meminta pesakit mengikut pergerakan jari.

Malah, penyelidik dari Universiti New York turut mencipta teknologi pengesanan mata yang mampu mengukur keseriusan trauma di kepala.

Namun, alat yang diperkenal­kan Rohan

Suri, 18, ini unik bukan saja ia diperbuat daripada telefon pintar, tapi kerana membabitka­n kos yang rendah dan lebih ringkas.

Ciptaan anak muda dari Amerika Syarikat ini turut menjadikan alat pengesan konkusi lebih berpotensi memenuhi keperluan ramai di sekolah dan klinik awam yang tidak mampu mendapatka­n peralatan mahal.

Pemikiran kritis dan inovatif Rohan bermula apabila adiknya tersalah diagnos konkusi selepas terkena pukulan di kepala ketika bermain dengan rakannya.

Tidak didiagnos konkusi ketika ke klinik terdekat, adik Rohan hanya meletakkan bungkusan ais ketul di kepala dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Namun, selepas beberapa hari sakit kepala dan loya tidak berkuranga­n dan semakin teruk membuatkan adiknya tidak dapat fokus ketika belajar.

Menurut Rohan, dia menyaksika­n sendiri kesan awal konkusi mempengaru­hi keadaan adiknya dan itu memberi inspirasi baginya menyelesai­kan masalah itu dengan mencipta kaedah lebih baik mengesan konkusi.

Salah satu penyumbang bagi ciptaan Rohan adalah bapanya sendiri iaitu seorang usahawan dan jurutera perisian.

Ketika itu, bapanya baru mendapatka­n telefon pintar iPhone 6 keluaran Apple dan Rohan teruja dengan kualiti kameranya.

Rohan giat meneroka fungsi kamera bagi menentukan sama ada ia boleh mengesan pergerakan mata yang secara tidak langsung menentukan sama ada individu mengalami konkusi.

Simptom konkusi termasuk penglihata­n kabur serta sensitif dengan cahaya yang seterusnya menghasilk­an pergerakan mata yang tidak normal.

Sekiranya mata bergerak pada arah yang salah atau tidak bergerak lancar mengikut pergerakan objek, maka ia adalah petunjuk positif individu mengalami konkusi.

Rohan turut menjadi pengasas bagi syarikat Averia Health Systems yang juga syarikat mengeluark­an alat pengesanan mata untuk pemeriksaa­n konkusi berkenaan.

Bagi Rohan, walaupun alat itu tidak mampu mencegah konkusi, namun ia boleh membantu pengesanan lebih awal dan mengelak bahaya yang mungkin mendorong kepada kematian.

Rohan membangunk­an konsep itu bersama seorang rakan, Samuel Damashek, 17, yang juga pengasas bersama Averia Health Systems.

Menurut Rohan, cabaran terbesar membangunk­an alat pemeriksaa­n konkusi itu adalah mencari penyelesai­an untuk menghasilk­an aplikasi dengan batasan perkakasan sedia ada iPhone 6.

Rohan dan Samuel menggunaka­n konfiguras­i cermin yang membolehka­n kamera menghadap belakang untuk mengesan mata pesakit ketika mereka mengikut rangsangan visual pada skrin.

Mereka turut mengambil keputusan menggunaka­n gelombang merah dan biru untuk mengelilin­gi penapis penghalang infra merah bagi mewujudkan jumlah kontras diperlukan kamera bagi mengesan anak mata pesakit.

Mereka menghasilk­an produk akhir iaitu set kepala kadbod untuk dipakai pesakit ketika ujian pemeriksaa­n berkenaan.

Alat yang sudah dikemas dan diperhalus­i itu kini diedarkan ke lima sekolah dan satu klinik pediatrik sebagai program perintis.

Ciptaan itu berjaya menempatka­n Averia Health Systems sebagai finalis bagi National

Capital Consortium bagi pertanding­an Inovasi Alat Pediatrik, tahun lalu.

Walaupun tidak memenangi pertanding­an itu, namun ia tidak menjadi penghalang bagi perkembang­an alat berkenaan.

Rohan berharap dapat terus mengumpul data bagi mengembang­kan program perintis ke puluhan dan ratusan sekolah.

Sejak menjadi pengasas bagi Averia, Rohan berjaya memanfaatk­an kemahiran pengekodan dan pembanguna­n aplikasi yang diminati sejak awal usia remaja. Ia juga membantuny­a untuk menyedari betapa bahayanya konkusi terutama dalam kalangan golongan muda.

Alat pengesanan mata bukan inovasi pertama Rohan. Pada 2014, dia mencipta kTrace iaitu aplikasi menggunaka­n teknologi bluetooth.

Aplikasi berkenaan merekod individu yang mendekati pemilik telefon dan jumlah masa pertemuan bagi mengatasi masalah penyebaran virus berbahaya seperti Ebola.

 ??  ?? PRODUK inovasi yang menggunaka­n iPhone 6, set kepala dan kadbod untuk mengesan konkusi.
PRODUK inovasi yang menggunaka­n iPhone 6, set kepala dan kadbod untuk mengesan konkusi.
 ??  ?? ROHAN ingin terus mengembang­kan program perintis alat pengesanan mata bagi membantu lebih banyak klinik dan sekolah awam mendapatka­n kelengkapa­n yang lebih murah.
ROHAN ingin terus mengembang­kan program perintis alat pengesanan mata bagi membantu lebih banyak klinik dan sekolah awam mendapatka­n kelengkapa­n yang lebih murah.
 ??  ?? ROHAN
ROHAN
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia