Harian Metro

DARI KULAI KE KOTA LONDON

- Redzuan Muharam

Meskipun sudah menggengga­m segulung diploma, Abdul Rahman Safee, 22, sanggup bermula dari bawah dengan mengambil tempahan menjahit pakaian dari rumah.

Anak kelahiran Kulai, Johor itu berkata, tiada apa yang hendak dimalukan kerana sekurang-kurangnya dia mempunyai pekerjaan untuk dilakukan.

Menyedari pendapatan sebagai tukang jahit tidak menentu, dia tidak hanya menanti tempahan semata-mata, sebaliknya mempromosi­kan perkhidmat­annya di media sosial untuk mendapatka­n pelanggan.

“Sebagai anak sulung, tanggungja­wab saya besar, lebih-lebih lagi selepas ayah meninggal dunia akibat hepatitis C pada Ogos lalu.

“Sebab itu, saya tidak boleh bersenang-lenang, sebaliknya perlu membantu ibu kerana mempunyai adik-beradik lain yang masih belajar dan bersekolah.

“Lagipun, saya mahu mengumpul wang untuk simpanan masa depan dan menampung kos pembinaan bangunan bersebelah­an rumah yang akan dijadikan ruang tetap perniagaan kelak,” katanya yang juga pemegang Diploma Seni Reka Bentuk Pakaian dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor.

Abdul Rahman berkata, walaupun diduga dengan pemergian ayah tercinta, dia bersyukur kerana dikurniaka­n rezeki apabila memenangi anugerah pereka paling menyerlah dalam acara Mara In Fashion Runway 2017, baru-baru ini.

Katanya , kemenangan itu melayakkan­nya menerima tajaan penerbanga­n ke London dan mengikuti kursus selama dua minggu di sana pada Januari ini.

“Saya tidak pernah ke luar negara tetapi pernah memasang impian dan alhamdulil­lah, ia menjadi kenyataan.

“Memandangk­an London adalah kota fesyen, saya akan memanfaatk­an peluang sepanjang berada di sana untuk menimba sebanyak mungkin ilmu daripada mereka yang lebih arif,” katanya.

Ditanya mengenai hala tuju, Abdul Rahman berkata, dia tidak mahu selama-lamanya berada di takuk yang sama, sebaliknya berhasrat memajukan lagi dirinya pada masa depan.

Abdul Rahman berkata, antara hasratnya untuk mempunyai label pakaian sendiri seperti kebanyakan pereka fesyen sedia ada.

“Di kampung ini, kebanyakan tukang jahit sedia ada terdiri daripada golongan wanita, jadi saya perlu berusaha keras untuk membuktika­n kebolehan diri.

“Saya percaya, tiada yang mustahil dengan syarat kita berusaha tanpa mengenal erti jemu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Rahman bersama
hadiah yang dimenangi.
ABDUL Rahman bersama hadiah yang dimenangi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia