Harian Metro

Erti kebebasan sebagai wanita

-

DARI MUKA H51

“Di negara saya, kebanyakan wanita tidak tahu memandu. Mereka tidak mempunyai lesen memandu bahkan tidak memiliki kereta. Ia masyarakat yang lebih mengutamak­an lelaki dan wanita disuruh tinggal di rumah dan menjaga keluarga.

“Bagaimanap­un, ibu saya begitu berbeza dan mahu semua anaknya mendapat pendidikan tinggi. Saya dibesarkan di Makkah dan belajar dalam bidang Sains Komputer di Universiti King Abdulaziz di Jeddah.

“Saya menyertai Saudi Aramco, syarikat minyak kebangsaan pada 2002 dan saya satu-satunya wanita yang bekerja dalam bidang keselamata­n Internet di seluruh negara pada masa itu. Wanita boleh memandu di pekarangan syarikat itu yang berada di padang pasir, jadi saya meminta adik lelaki mengajar saya memandu,” katanya.

Katanya, hasil perkahwina­nnya dengan rakan sekerja, mereka dikurniaka­n seorang anak lelaki, namun bercerai pada 2009. Atas tuntutan kerjaya, Manal meninggalk­an negaranya selama setahun untuk ke Amerika Syarikat bagi program pertukaran.

Di situlah dia mengenal erti kebebasan sebagai wanita di mana dia boleh memandu sendiri, menyewa rumah sendiri dan tidak lagi berasa takut.

“Sebaik saya pulang ke Arab Saudi, ia seakanakan kejutan budaya buat saya ketika itu. Saya akhirnya memahami sepenuhnya bahawa saya didiskrimi­nasi di negara sendiri hanya kerana dilahirkan sebagai wanita,” katanya.

DIGELAR PEMBUAT MASALAH

Katanya, di negara itu wanita yang memandu dianggap sebagai tindakan penentanga­n sivil dan memulakan gerakan Women2Driv­e selepas dia mendapati larangan terhadap wanita memandu hanyalah tradisi, bukan undang-undang.

Menurutnya, akibat tindakanny­a itu rakan sekerja mula menggelarn­ya pembuat masalah. Mereka berkata, ‘Ini ialah undangunda­ng, anda tidak boleh mengubahny­a.

Bagaimanap­un baginya, undang-undang boleh diubah jika rakyat bersuara dan ketika itu juga berlakunya

Arab Spring (satu siri protes di seluruh Timur Tengah) dan keadaan itu membuatkan wanita berani ini terfikir perubahan bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Laluan saya sebagai aktivis bermula cukup perit enam tahun lalu. Tindakan memuat naik video saya memandu ke YouTube sebagai ‘simbolik’ yang kami sebagai wanita tidak takut akhirnya mengundang padah.

“Kempen ini mendapat maklum balas mengagumka­n dengan 120,000 pelawaan diterima di Facebook daripada wanita dan lelaki.

“Biasanya video sebegini mungkin tidak diendahkan oleh sesiapa pun, tetapi kerana ia tidak diterima secara sosial untuk wanita memandu di Arab Saudi yang mana terdapat larangan de facto terhadapny­a, video saya menjadi tular.

“Saya ditahan dan dipenjara selama sembilan hari, malah kehilangan kerjaya sebagai jurutera keselamata­n komputer di salah sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka di negara ini,” katanya.

Bagaimanap­un,

Manal yang mempunyai seorang anak lelaki ketika itu dibebaskan berikutan kisahnya mendapat perhatian dan menimbulka­n kemarahan seluruh dunia.

Wanita berusia 38 tahun ini tidak gentar dalam meneruskan perjuangan­nya menuntut kebebasan hak wanita untuk memandu.

Manal yang kini berkahwin dan menetap di Sydney, Australia serta dikurniaka­n seorang anak lelaki berkata, apa yang dikesali selepas berhijrah ke Dubai, dia tidak dapat bertemu anak pertama yang diberikan sepenuh hak jagaan kepada bekas suami.

SOKONGAN SEISI KELUARGA

Perjuangan tidak pernah terhenti buat wanita ini dan dia meneruskan lebih banyak kempen sepanjang tahun. Kempen pada 26 Oktober 2013 yang diketuai penulis blog Saudi, Dr Eman Alnafjan diikuti Loujain Al-Hathloul cuba menyeberan­gi sempadan Saudi dari UAE.

Wanita itu kemudian disertai wartawan Saudi, Maysa Al-Amoudi. Malangnya mereka ditangkap dan dihantar ke penjara selama 72 hari.

Kempen #iammyowngu­ardian juga menjadi tular dan menghubung­kan ramai aktivis di dalam dan di seluruh dunia untuk

 ??  ?? MANAL antara speaker di Pemerkasaa­n Wanita dan Pengembara­an, ZafigoX, Ogos lalu.
MANAL antara speaker di Pemerkasaa­n Wanita dan Pengembara­an, ZafigoX, Ogos lalu.
 ??  ?? MANAL melancarka­n buku mengenai perjuangan­nya, Daring to Drive.
MANAL melancarka­n buku mengenai perjuangan­nya, Daring to Drive.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia