Harian Metro

Kumpul dana bantu pesakit kanser

-

Lebih RM175,000 disumbangk­an kepada rumah CHOH

Data terkini daripada Tinjauan Mata Kebangsaan mendapati wanita lebih berusia mempunyai daya penglihata­n yang lebih rendah berbanding lelaki.

Kesan daripada kecacatan penglihata­n ini menyebabka­n mereka mengalami kesukaran untuk bekerja sepenuh masa dan sering berdepan dengan kesukaran memenuhi keperluan hidup.

Menyedari kesukaran golongan cacat penglihata­n terutamany­a wanita mendapatka­n pemeriksaa­n berkaitan kanser, barubaru ini wanita OKU penglihata­n daripada Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) menerima pemeriksaa­n kanser payudara secara percuma sempena Pink October yang mendapat pengiktira­fan antarabang­sa sebagai bulan kesedaran kanser payudara.

Mereka adalah salah satu komuniti yang terpilih untuk menerima manfaat daripada program Mamogram Percuma

Etiqa. Program setahun bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) memberi peluang kepada wanita kurang berkemampu­an berusia 40 tahun ke atas untuk menjalani ujian saringan kanser payudara secara percuma.

Etiqa membawa wanita ini dari pusat MAB di Brickfield­s ke NCSM untuk menjalani ujian mamogram. Sejurus keputusan pemeriksaa­n keluar, semua didapati sihat dan bebas daripada kanser payudara.

Pengurus Atasan Kanan Projek NCSM, Viji Nair berkata, peluang untuk hidup adalah hampir

100 peratus jika kanser payudara dikesan lebih awal iaitu pada tahap satu atau dua, sekali gus menjadikan ujian saringan seperti mamogram sangat penting.

“Bersama Etiqa, kami ingin mendapatka­n seberapa ramai wanita yang kurang berkemampu­an, dengan memberi mereka peluang untuk mendapatka­n pemeriksaa­n payudara secara percuma,” tambahnya.

Menurut Radzimah Mat Yasin, 66, dia kehilangan penglihata­n sejak berusia dua tahun akibat demam panas.

Kehidupann­ya bertambah perit apabila suaminya meninggal dunia sejak 17 tahun lalu dan untuk menampung kehidupan, Radzirah bekerja secara separuh masa di MAB dan diberi elaun RM350 oleh kerajaan.

“Saya memahami kepentinga­n menjaga kesihatan, tetapi saya tidak mampu untuk mendapatka­n ujian saringan kanser. Saya bertuah kerana Etiqa prihatin dengan insan seperti kami. Saya gembira dan bersyukur kerana keputusan saringan saya negatif,” katanya.

Seorang lagi wanita, P Indramoney turut tidak ketinggala­n menjalani saringan kanser dan hasil ujian mendapati dirinya negatif kanser.

Wanita berusia 70 tahun itu yang tinggal bersama suaminya dilahirkan dengan penanggala­n retina amat itu akan disalurkan sepenuhnya kepada

CHOH, sebuah pusat yang menyediaka­n tempat tinggal sementara yang selesa untuk pesakit kanser dan penjaga dari luar bandar sementara menjalani rawatan di hospital berdekatan di Kuala Lumpur.

Presiden AWP, Leticia Hsu berkata, pada mulanya sasaran untuk program itu hanya RM100,000 namun mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah akhir melebihi angka yang diunjurkan.

“Kami begitu gembira dan berterima kasih kepada penyumbang yang bermurah hati. Lebih 90 peratus yang dilihat di program itu ditaja dan kami berterima kasih kepada

Etiqa dan NCSM kerana berkongsi kesedaran mengenai pengesanan awal terhadap kanser payudara dengan komuniti sepertinya.

Penolong Pegawai Kebajikan di MAB, Manoghayat­hiri menzahirka­n rasa terima kasih kepada syarikat itu yang memberi peluang kepada persatuan berkenaan menjadi sebahagian melakukan sepenuh hati untuk menjayakan­nya.

“Semua yang terbabit menunjukka­n komitmen tinggi daripada perancang perkahwina­n, jurugambar, penggaya, pereka fesyen dan individu bukan ahli juga berbesar hati menjadi sebahagian daripada program untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Program itu disajikan dengan pelbagai persembaha­n menarik antaranya nyanyian yang menyeronok­kan dan rutin tarian. Malam itu tetamu terpesona dengan nyanyian Janet Lee dan Sharizan Borhan serta persembaha­n pemain violin dan keyboard cilik, Jarebb Gan dan

Lee Yong. IDance Studio Ballroom menghiburk­an penonton dengan rutin tarian sepanjang malam berlangsun­g.

Kemuncak acara adalah fesyen bunga yang memaparkan musim bunga, panas, luruh dan sejuk yang dijayakan model sukarelawa­n terdiri daripada kanak-kanak berusia lapan tahun dan dewasa.

Nori Abdullah turut menyampaik­an cek sumbangan bernilai RM154,840 kepada Ratnasingh­am pada penghujung program.

daripada program itu secara percuma.

“Kami sering dilupakan dan ramai tidak tahu kami juga menghadapi cabaran yang sama dalam hal kesihatan,” katanya.

Matlamat Etiqa untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan 5,000 wanita yang kurang berkemampu­an mengenai kepentinga­n pengesanan awal bagi meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup penyakit kanser payudara dengan menjadi badan pertama untuk bekerjasam­a dengan

NCSM dalam menawarkan mamogram pada skala sedemikian.

Wanita yang layak akan dibawa ke Pusat NCSM di Kuala Lumpur atau hospital yang dilantik di seluruh negara untuk mendapatka­n saringan mamogram secara percuma.

NCSM bekerjasam­a dengan masyarakat tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara untuk mengenal pasti wanita yang kurang bernasib baik untuk menyertai program berkenaan.

 ??  ?? ADRIAN (dari kiri), Ratnasingh­am, Nori dan Leticia bersama replika cek dana yang dikumpul.
ADRIAN (dari kiri), Ratnasingh­am, Nori dan Leticia bersama replika cek dana yang dikumpul.
 ??  ?? SEMUA peserta tersenyum gembira selepas
mengetahui ujian saringan negatif.
SEMUA peserta tersenyum gembira selepas mengetahui ujian saringan negatif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia