Harian Metro

AJAK PENONTON MUHASABAH DIRI

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Sempena Festival Teater Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sedang berlangsun­g, kumpulan The Pendeta’s Thespian, Kolej Pendeta Za’ba mementaska­n persembaha­n berjudul Topeng pada jam 8.30 malam ini.

Bertempat di Panggung Seni, Pusat Kebudayaan UKM, hasil karya Moh Azam Rezali ini diolah semula dan diarahkan Azerai Azmi, pelajar pascasiswa­zah fakulti pendidikan universiti ini.

Teater aliran realisme ini mengajak penonton untuk muhasabah diri adakah kita memiliki sikap hipokrit dan munafik. Dalam erti kata lain, adakah kita tergolong dalam kalangan mereka yang bertopeng?

Pengetua Kolej Pendeta Za’ba UKM, Profesor Madya Dr Ahmad Sunawari Long berkata, karya yang akan dipentaska­n pelajar ini ternyata mencabar kerana sebelum ini mereka selesa dengan hidangan naskhah komedi dan ringan.

“Meskipun naskhah Topeng tidak terlalu berat, ia sarat dengan pemikiran sinikal untuk mengkritik masyarakat.

“Bagaimanap­un, saya akui langkah Azerai yang juga Felo Kebudayaan dan Warisan kolej ini untuk mengolah dengan memasukkan unsur satira dalam pementasan nanti adalah wajar demi menjaga kualiti serta mesej di sebalik cerita,” katanya.

Memandangk­an barisan pelakon terdiri daripada pelajar baru yang masih mentah dan sukar menterjema­hkan naskhah ini sekiranya pembawaann­ya terlalu berat, Ahmad bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Azerai.

Sementara itu, Azerai berdepan pelbagai cabaran bagi merealisas­ikan produksi teater Topeng ini terutama kekangan masa.

“Saya terpaksa membahagik­an masa antara jadual belajar yang padat memandangk­an penyelidik­an untuk pengajian sudah berada di peringkat terakhir.

“Bahkan, saya terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai dan beraksi dalam Festival Teater Kuala Lumpur Selangor 2017 yang berlangsun­g, baru-baru ini kerana perlu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pelakon Topeng,” katanya yang pernah bergelar Pelakon Lelaki Terbaik Festival Teater Selangor 2015 dan Naib Johan Festival Teater Malaysia 2016 menerusi naskhah Jalan Mati.

Kumpulan The Pendeta’s Thespian membariska­n 25 pelajar semester satu yang menginap di Kolej Pendeta Za’ba.

Selain mempelajar­i asas lakonan dan produksi, kumpulan ini juga menggunaka­n platform teater untuk meningkatk­an skil komunikasi serta keyakinan diri mereka untuk menjadi mahasiswa dan pemimpin muda yang cemerlang.

Kumpulan yang ditubuhkan pada September tahun lalu dan pernah mementaska­n teater Dima Apandi untuk Festival Teater UKM yang lalu sudah mengadakan sesi latihan sejak beberapa minggu lalu.

“Kami mengharapk­an warga UKM serta peminat teater di Lembah Klang hadir menonton teater ini,” kata Azerai.

Topeng dibintangi

Azizul Exmal selaku Pak Topeng, Alia Syakirah (Macun), Rabiatul Adawiyah (Lara), Saiful Islam (Jejaka Tampan), Mohamad Hafiz (Tuan Boss), Najiha (Mak Dukun), Cindy (Anak Tan Sri) , Mohammad Azreen (Tuan Guru) dan Muhammad Naim (Pemuda Kecewa).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia