Harian Metro

KOLABORASI SEMPURNA

-

Lagu: Perfect Duet Penyanyi: Ed Sheeran dan Beyonce

Komposer dan lirik: Edward Sheeran dan Beyonce

Label: Asylum dan Atlantic

Walaupun lagu Perfect nyanyian dan ciptaan Ed Sheeran sudah berkumanda­ng dan popular sejak September lalu, nampaknya lagu ini melangkah ke satu lagi fasa berbeza.

Sejak 30 November lalu, Perfect versi duet antara Ed dan Beyonce mula tular dan mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Mana tidaknya, ia umpama fenomena apabila dua bintang bergabung dalam sebuah karya yang sempurna.

Masih mengekalka­n susunan muzik ringkas akustik, Beyonce mengalunka­n versi kedua dengan persepsi daripada seorang wanita.

Perfect versi duet antara

Ed dan Beyonce curi perhatian

peminat seluruh dunia

Secara tak langsung, lagu ciptaan Ed untuk teman wanitanya ini seperti diangkat Queen Bey dengan caranya tersendiri.

Bahagian harmoni kedua-dua vokal penyanyi ini juga kedengaran sangat merdu dan membuai sambil mendalami lirik yang disampaika­n.

Ed dalam satu temu bual bersama media antarabang­sa berkata, proses penyatuan dalam Perfect Duet berlaku agak pantas.

“Saya ada alamat e-mel untuk berurusan dengan Beyonce dan saya e-melkan lagu

Perfect kepadanya. Kami kemudian berhubung menerusi telefon dan semua itu berlaku pada

Mei.

“Beyonce bersalin pada Jun dan kami selesaikan rakaman lagu ini pada September. Proses rakaman juga hanya berlangsun­g sekali dan ia sudah cukup sempurna,” katanya.

Sejak dimuat naik ke YouTube pada 30 November lalu dan dilancarka­n secara rasmi pada 1 Disember lalu, video audio Perfect Duet mencatat 19 juta tontonan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia