Harian Metro

‘Terpecah masuk’ rumah hakim

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Seorang kelindan lori dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan memecah masuk rumah Hakim Mahkamah Persekutua­n dan mencuri barang bernilai RM11,300, dua bulan lalu.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ahmad Norfais Ishak, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah memerintah­kan hukuman itu berkuatkua­sa dari tarikh dia ditangkap pada 23 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Norfais didakwa melakukan pecah rumah melalui tingkap tandas dalam bilik dan mencuri barang antaranya termasuk tiga kamera jenama Nikon, kamera Go Pro dan komputer riba milik Datuk Balia Yusof Wahi, 65, bernilai RM11,300.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Wangsa Maju di sini, jam 6.10 pagi, 22 Oktober lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda dan jika kesalahan itu mencuri, maka tempoh penjara boleh dilanjutka­n sehingga 14 tahun dan bagi tiap-tiap kesalahan dilakukan kali kedua boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, peguam Ernie Ahmad yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman penjara paling minimum atas alasan tertuduh mengakui kesalahan itu dan

 Kelindan lori dipenjara lima tahun kebas barang RM11,300

berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

” Ketika kejadian itu, anak guam saya terdesak kerana berdepan dengan masalah kewangan. Dia kini menyedari bahawa mencuri bukan jalan penyelesai­an terbaik,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz memohon supaya hukuman maksimum dikenakan berikutan ia adalah kesalahan serius dan boleh dijadikan pengajaran kepada orang awam supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Berdasarka­n fakta kes, ketika mangsa masuk ke rumahnya dia mendapati bilik bacaannya berselerak dan tingkap di dalam bilik airnya terbuka serta hasil pemeriksaa­n mangsa mendapati pelbagai barangan miliknya hilang lalu membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia