Harian Metro

Tak mengaku ganggu frekuensi radio

-

Georgetown: Kerana mengganggu frekuensi radio menggunaka­n alat komunikasi tidak standard dan tidak diperakui, seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Abdul Jabbar Mohamad Sulaiman, 57, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan itu dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Bagi pertuduhan menyebabka­n suatu pancaran radio yang juga pertuduhan buat kali pertama di Malaysia, Abdul Jabbar didakwa tanpa alasan yang munasabah menyebabka­n suatu pancaran radio (yang boleh menyebabka­n frekuensi radio di kawasan terbabit terganggu) daripada kelengkapa­n yang tidak standard iaitu satu unit Detec Phone (telefon tanpa kord) jenama Panasonic model KX-TG4741 (pemegang) dan KX-TGA470 (gagang telefon) .

Abdul Jabbar juga didakwa melakukan perbuatan sama menggunaka­n kelengkapa­n tidak standard iaitu satu unit Detect Phone (telefon tanpa kord) jenama Panasonic model PNLC1029 (pemegang) dan KX-TGA470 (gagang telefon).

Bagi tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 238 (1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan ketiga hingga kelima pula, Abdul Jabbar didakwa menggunaka­n kelengkapa­n komunikasi yang tidak diperakui sebagaiman­a yang dikehendak­i Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu satu unit Caller Id Converter model EM-3100, satu unit Detec Phone (telefon tanpa kord) jenama Panasonic model KX-TG4741 (pemegang) dan KX-TGA470 (gagang) serta satu unit Detect Phone (telefon tanpa kord) jenama Panasonic model PNLC1029 (pemegang) dan KX-TGA470 (gagang).

 ??  ?? ABDUL Jabbar (kiri) berbincang dengan peguamnya di luar Mahkamah Sesyen.
ABDUL Jabbar (kiri) berbincang dengan peguamnya di luar Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia