Harian Metro

‘Pengantin maulid’

- Amrullah Abdul Karim am@hmetro.com.my

 Pasangan raja sehari sertai perarakan

Perarakan sambutan Maulidur Rasul di Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya, di sini, pada Sabtu lalu menarik perhatian apabila turut disertai pasangan pengantin iaitu Muhamad Shafiq Iqbal Kamarulzam­an dan isterinya Nor Amalini Fitriza Mohd Napi, masing-masing berusia 26 tahun.

Program bermula pada jam 8 pagi yang disertai 1,200 penduduk itu membabitka­n perarakan sejauh satu kilometer mengelilin­gi kawasan berkenaan.

Nor Amalini yang bertugas sebagai wartawan, berkata dia menyertai perarakan itu selepas mendapat persetujua­n suami dan keluargany­a.

“Sebagai ahli kariah, kami memberi sokongan kepada program yang dianjurkan selain mengambil kesempatan memberitah­u umum bahawa kami sudah menjadi pasangan suami isteri.

“Seronok juga apabila keluarga mentua yang terkilan tidak dapat menyertai perarakan besar Maulidur Rasul di kampung halaman di Sik, Kedah akhirnya dapat melakukann­ya bersama kami di sini,” katanya, semalam.

Perarakan anjuran Surau Abu Hanifah itu turut disertai beberapa ahli Pertubuhan Kebajikan DRJ termasuk Pengerusin­ya Datuk Roslee Jamaludin.

Katanya, mereka melangsung­kan pernikahan selepas solat Jumaat lalu di rumahnya di apartmen itu dan membuat keputusan menyertai perarakan berkenaan keesokkan harinya.

Sementara itu, Pengerusi surau berkenaan Harun Ghazali berkata, sambutan memperinga­ti kelahiran Nabi Muhammad itu wajar disertai semua penduduk dan tidak menolak jika ada pasangan mempelai yang mahu terbabit sama.

“Penyertaan pasangan pengantin itu antara pengisian program walaupun kebiasaann­ya mereka diperkenal­kan pada waktu tengah hari. Namun, mereka memilih untuk sama berarak dan kami amat mengalu-alukannya,” katanya.

 ??  ?? MUHAMAD Shafiq Iqbal dan Nor Amalini Fitriza turut berarak bersama 1,200 penduduk sempena sambutan Maulidur Rasul, Sabtu lalu.
MUHAMAD Shafiq Iqbal dan Nor Amalini Fitriza turut berarak bersama 1,200 penduduk sempena sambutan Maulidur Rasul, Sabtu lalu.
 ??  ?? MUHAMAD Shafiq Iqbal dan Nor Amalini Fitriza.
MUHAMAD Shafiq Iqbal dan Nor Amalini Fitriza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia