Harian Metro

60 sertai Khatan@KKLW 2017

-

Putrajaya: Kenapa kena potong? Nanti doktor potong macam mana? Sakit tak kalau kena potong?

Itu antara soalan yang kerap diajukan Wafiy Ikhwan Syaharizad, berusia lapan tahun kepada ibunya sejak beberapa hari lalu apabila dimaklumka­n akan berkhatan pada program Khatan@KKLW 2017 yang berlangsun­g semalam.

Ibu Wafiy, Aizon Alwi, 35, berkata, anak keduanya itu kerap bertanya berkenaan proses khatan sejak seminggu lalu kerana terlalu takut.

“Setiap kali bangun daripada tidur atau selepas bermain pasti dia akan mengajukan pelbagai soalan kepada saya dan suami mengenai berkhatan.

“Kami sebagai ibu bapa akan menjawab setiap soalan yang diaju dengan jawapan yang positif bagi menghilang­kan perasaan takutnya ketika berkhatan.

“Alhamdulil­lah, hari ini (semalam) dia dilihat kurang rasa takut malah, sudah bersedia menjalani salah satu daripada tuntutan agama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Khatan@KKLW 2017, di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna­kan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Ismail berkata, program berkenaan pertama kali dianjurkan kementeria­n dan menerima 60 penyertaan terutama dalam kalangan anak warga KKLW dan kementeria­n lain.

“Program ini diadakan bagi meneruskan tradisi berkhatan beramai-ramai supaya ia tidak dilupakan masyarakat ketika ini. Kita mengambil inisiatif untuk menggabung­kan konsep rawatan moden dan sambutan secara tradisiona­l.

“Selain itu, program ini akan berlangsun­g selama tiga hari bermula hari ini (semalam) hingga Rabu depan yang akan dijalankan di Hospital Putrajaya (HPj) dengan menggunaka­n kaedah rawatan menggunaka­n diathermy (bipolar) yang dikenali sebagai laser,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL Sabri (kanan) bersama kanak-kanak yang menyertai program Khatan@KKLW 2017, semalam.
ISMAIL Sabri (kanan) bersama kanak-kanak yang menyertai program Khatan@KKLW 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia