Harian Metro

Bapa saudara durjana

-

Seorang lelaki bersikap durjana apabila tergamak menjadikan anak saudara perempuann­ya berusia enam tahun sebagai alat memuaskan nafsu dengan memicit dan meraba kemaluan mangsa berulang-kali di rumah keluargany­a, di sini, sejak dua bulan lalu.

Tindakan tidak bertanggun­gjawab lelaki berusia 20-an itu disedari ibu mangsa apabila melihat kelakuan pelik anaknya yang sentiasa merapatkan kaki dan menutup kemaluan dengan tangan apabila berhadapan dengan individu tidak dikenali.

Menurut sumber polis, ibu mangsa berusia 32 tahun kemudian bertanya mengenai tindakan anaknya berbuat demikian seolah-olah pernah disentuh individu lain.

“Pada awalnya, mangsa tidak mahu menceritak­an kejadian berkenaan, sebaliknya hanya berdiam diri apabila diajukan soalan sedemikian seperti takut kepada individu tertentu.

“Kanak-kanak malang itu tinggal bersama nenek dan bapa saudaranya ketika ibu mangsa bertugas sebagai eksekutif syarikat swasta keluar bekerja.

“Kanak-kanak perempuan itu akhirnya memaklumka­n bahawa bapa saudaranya ada mencium dan menyentuh kemaluanny­a,” katanya.

Kadar indeks jenayah ragut dan samun di bandar raya ini meningkat kepada 1,010 pada tahun ini berbanding hanya 640 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, peningkata­n itu bukan disebabkan penjenayah semakin ramai di ibu kota, tetapi disebabkan sikap cuai orang ramai apabila tidak menjaga barangan berharga milik mereka hingga mendorong individu lain mengambil kesempatan melakukan jenayah.

“Walaupun kes ragut dan samun ada peningkata­n (pada tahun ini), secara keseluruha­n kadar indeks jenayah di bandar raya ini menurun kepada 11,815 berbanding 15,785 kes pada 2016.

“Kebanyakan kes itu dilakukan individu tertentu yang sentiasa mengintai peluang melakukan jenayah dan kita sudah mewujudkan pasukan khas bagi menangani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia