Harian Metro

Dana mudah RM428j

- Nur Izzati Mohamadad am@hmetro.com.my

 Usahawan PKS sektor automasi digalak mohon pinjaman MIDF

Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor automasi di negara ini digalakkan memohon pinjaman mudah daripada Pembanguna­n Industri Kewangan Malaysia Bhd (MIDF).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Chua Tee Yong berkata, sehingga kini MIDF mempunyai peruntukan sejumlah RM428 juta untuk disalurkan sebagai pinjaman mudah kepada usahawan dalam sektor automasi di negara ini.

Katanya, peruntukan itu kini tersedia untuk semua usahawan dalam sektor automasi dan faedah yang dikenakan hanya empat peratus yang ia jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan bank komersial.

“Tawaran menjadi lebih menarik apabila MIDF mengubah pelan pinjaman bagi membantu lebih banyak usahawan PKS mendapatka­n pinjaman supaya mereka lebih berdaya saing.

“Antara perubahan yang dibuat adalah memanjangk­an tempoh pinjaman dari tujuh tahun kepada 10 tahun bagi meringanka­n beban peminjam dan meningkatk­an jumlah pinjaman maksimum daripada RM10 juta kepada RM20 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan seminar mengenai insentif automasi di bawah Bajet 2018, di Seberang Jaya, di sini, semalam.

Jelasnya, agensi itu membuat perubahan pelan pinjaman berkenaan juga selepas menyedari kenaikan kos mesin yang semestinya memberi kesan kepada usahawan PKS dalam sektor itu.

Seramai 180 peserta dari 160 syarikat di negeri itu mengambil bahagian dalam seminar berkenaan yang bertujuan memberi kesedaran dan memperkena­lkan pinjaman yang boleh dibuat melalui MIDF.

Tee Yong berkata, seminar itu adalah langkah bagi membolehka­n pihak MIDF mempromosi­kan serta mendedahka­n skim pinjaman yang ada kepada usahawan syarikat PKS.

“Tujuan MIDF memberi pinjaman mudah ialah satu inisiatif membantu usahawan dalam mengukuhka­n daya saing mereka bagi memastikan dapat bersaing dalam pasaran global,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia