Harian Metro

MATA BOCOR UNGU

- Daily Mail

 Model merana akibat tatu pada bebola pertimbang buang organ penglihata­n

Kononnya ingin mengikut trend terkini, seorang model yang membuat tatu di dalam mata kanannya kemungkina­n berdepan risiko buta apabila tindakan itu memberi kesan teruk terhadap penglihata­nnya.

Caitlin Gallinger, 24, kini mempertimb­angkan untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah matanya itu apabila menderita akibat bengkak teruk selepas melakukan tatu berkenaan pada September lalu.

Kesan yang dialaminya semakin teruk selepas tiga minggu mendapatka­n tatu itu menyebabka­n dia terpaksa dimasukkan ke hospital tiga kali.

“Sehingga beberapa minggu selepas menjalani prosedur itu, mata saya masih bengkak sehingga tidak dapat dibuka langsung.

“Saya tidak mampu menahan lagi kesakitan ini dan mempertimb­angkan membuang terus mata untuk menamatkan penderitaa­n saya.

“Tolong berhati-hati dengan siapa anda pilih untuk membuat pengubahsu­aian pada badan dan buat penyelidik­an sewajarnya. Saya tidak mahu ini berlaku kepada sesiapa,” katanya di Facebook

Menurutnya, tatu berkenaan dicacah bekas teman lelakinya yang mendesakny­a supaya melakukan prosedur berkenaan.

Dia mendakwa bekas teman lelakinya tidak mencairkan dakwat tatu terlebih dahulu sebelum mencacah tatu terbabit hingga menyebabka­nnya kesakitan selain menyebabka­n matanya kelihatan ungu.

Gallinger sudah mencacah banyak tatu sebelum ini dan turut menjalani pembedahan membelah lidahnya.

“Ubah suai anggota badan memang semakin popular malah saya akui ia sesuatu yang terlalu diminati saya.

“Saya mempunyai ramai kawan yang sudah membuat tatu (di dalam mata) dan tiada masalah. Jadi memang tidak sukar untuk memujuk saya melakukann­ya kerana meminatiny­a,” katanya.

Doktor memberi amaran bahawa tatu di dalam mata amat berisiko malah boleh menyebabka­n seseorang terus buta.

 ??  ?? KEADAAN mata asal Caitlin (kiri) dan selepas dia membuat tatu yang menyebabka­n penglihata­nnya terjejas. - Daily Mail
KEADAAN mata asal Caitlin (kiri) dan selepas dia membuat tatu yang menyebabka­n penglihata­nnya terjejas. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia