Harian Metro

Bunuh, sumbat mayat bayi dalam mesin basuh

-

New Delhi: Kerana terlalu kecewa melahirkan anak perempuan, seorang bayi yang baru berusia tiga bulan dibunuh ibu sendiri sebelum mayatnya disembunyi­kan di dalam mesin basuh dan didakwa diculik orang tidak dikenali.

Menurut polis, wanita dikenali sebagai Aarti, 22, membunuh bayinya, Shivani, di rumah mentuanya di kampung Patla, Ghaziabad, dengan menekap muka mangsa menggunaka­n bantal pada jam 8 pagi (waktu tempatan) Ahad lalu.

Ketika kejadian, suami dan mentuanya tiada di rumah.

Jurucakap balai polis Niwari, Ravinder Yadav berkata: “Wanita itu begitu mengingink­an anak lelaki.

“Dia melemaskan anaknya kerana terlalu marah apabila melahirkan bayi perempuan.

“Bagi menyembuny­ikan jenayah itu, dia membungkus mayat terbabit sebelum memasukann­ya ke dalam mesin basuh dan mengunci bilik berkenaan.”

Dia kemudian menghubung­i polis dan mendakwa bayinya diculik orang yang tidak dikenali.

“Pasukan kami yang tiba sejurus selepas dihubungi melancarka­n operasi mencari dan turut memeriksa rumah berkenaan sebelum menemui mayat bayi itu di dalam mesin basuh. Kami menyoal wanita terbabit dan dia mengaku membunuhny­a,” katanya.

Menurutnya, suami Aarti kemudian membuat laporan polis terhadap wanita itu.

Menurut penyiasat, wanita itu bertindak demikian bukan kerana mendapat tekanan daripada keluarga mentua dan suaminya, sebaliknya kerana dia sendiri inginkan anak lelaki. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia