Harian Metro

Maut ketika bertempur

- Agensi

Militan Daish warga Indonesia, Bahrun Naim dilaporkan terbunuh dalam satu pertempura­n di Syria, kata peguam kepada keluarga lelaki itu semalam.

Anis Prijo Anshorie memberitah­u, berita mengenai kematian Bahrun tersebar melalui mesej Whatsapp daripada kumpulan yang mempunyai hubungan dengan Daish.

“Saya sudah menghubung­i keluarga Bahrun bagi memaklumka­n mengenai berita itu.

“Bagaimanap­un, keluarga Bahrun tidak terkejut dan mereka juga masih sangsi dengan berita berkenaan,” katanya kepada Jawapos.com semalam.

Bahrun, 34, dipercayai panglima Daish yang mengetuai kumpulan militan dari Asia Tenggara yang bertempur di Syria.

Lelaki itu sebelum ini beberapa kali muncul dalam mesej video dan menyeru orang Islam berjihad di Syria dan Iraq.

Pihak berkuasa Indonesia juga percaya Bahrun adalah dalang utama yang merancang beberapa serangan Daish di Indonesia.

Sementara itu, polis Indonesia masih menyiasat laporan yang mendakwa Bahrun terbunuh dalam pertempura­n di Syria itu.

Jurucakap polis Indonesia, Martinus Sitompul memberitah­u, sehingga kini pihaknya belum dapat pengesahan mengenai kematian militan itu.

>>Keluarga Bahrun sangsi dengan berita berkenaan  Ketua militan Daish Indonesia dilaporkan terbunuh di Syria

“Kami masih menunggu maklumat yang lebih tepat dan dipercayai sebelum membuat pengesahan.

“Kami menunggu laporan Atase Kepolisan Indonesia di Turki dan juga laporan daripada Kementeria­n Luar,” jelasnya.

 ??  ?? BAHRUN bergambar di satu lokasi yang tidak diketahui di Syria. - Agensi
BAHRUN bergambar di satu lokasi yang tidak diketahui di Syria. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia